Isnin, 31 Ogos 2009

Betapa Agung Syariat Allah Haramkan Babi

MEMANG terkejut melihat dalam Youtube mengenai satu ujian yang sangat mudah iaitu dengan mengambil dua potongan daging babi dan diletakkan dalam bekas besi, kemudian dicurahkan air minuman berkarbonat ke atas daging babi itu.

Selepas dibiarkan dua jam, kelihatan begitu banyak sekali ulat kecil merayap keluar dari daging babi itu. Terkejut sangat tengok itu kerana dua perkara; pertama dahsyatnya dan jijiknya daging itu. Kedua, bangga menjadi Muslim betapa agungnya syariat Allah yang mengharamkan makan daging babi dan betapa al-Quran memang kitab petunjuk dari langit dan segala terkandung di dalamnya yang berbentuk suruhan wajib ikut dan terlarang mesti dihindari.

Kalau nak tengok dengan jelas lagi cuba semak ayat al-Quran iaitu pada surah al-Maaidah, ayat 3 yang bermaksud: "Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah, daging babi dan daging haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah..."

Semak lagi surah al-Ana'am ayat 145, yang bermaksud: "Katakanlah tidak ku dapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya kecuali daging haiwan yang mati (bangkai), darah yang mengalir, daging babi."

Pengharaman babi dalam al-Quran sepatutnya dikaitkan dengan wabak dahsyat yang sedang melanda dunia, termasuk negara kita Malaysia iaitu H1N1 yang sudah meragut berpuluh nyawa. Subhanallah, Maha Suci Allah yang mengetahui keburukan apa yang dicipta-Nya. Jika Allah kata tak boleh, rupanya sangat bahaya sama ada pada daging babi itu ataupun akibat daripada jangkitan babi itu sendiri.

Hasil kajian barat, babi membawa virus dan sejenis kuman yang tidak mati 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa 70 jenis penyakit. Dalam menghadapi situasi ini kita bertanya mana kehebatan negara kuasa besar dunia yang tersohor dengan kecanggihan teknolgi dan peralatannya serta kalangan saintis?

Mereka sedang mengkaji, tetapi jangan lupa kemarahan Allah terhadap mereka yang melupai peringatan-Nya. Amat menakutkan akibat dari babi ini, H1N1 berjangkit tanpa henti dengan begitu pantas, hanya bermediumkan udara yang boleh disedut di mana-mana - di pusat beli-belah, tempat letak kereta, kedai kopi, stadium dan perhimpunan. Ia tidak begitu terasa, tetapi sedar tak sedar, ia bergerak begitu pantas. Anda juga tidak berasa takut dan gerun selagi tiada orang terdekat anda yang terkena, sekurang-kurangnya kena kuarantin.

Kedahsyatan penyakit H1N1 yang kita sedang hadapi ini baru sebahagian kecil serangan bahaya babi yang Allah kata. Bahaya ini tak masuk lagi pengharaman lain yang lama dilaknat Allah, tetapi masih berleluasa dalam masyarakat kita dilakukan bukan sahaja secara sembunyi lagi, sebaliknya sudah berbangga sambil menunjuk-nunjuk seperti persundalan.

Yang paling menakutkan kita masih 'pekak' dengan kemurkaan Allah. Biasanya apabila dah reda sedikit sesuatu wabak atau bala kita akan lupa semula Allah. Lupa apa yang Allah larang, balik asal buat ingkar. Apabila kena bala baru semua sepakat berdoa Allah, mula rajin solat tetapi apabila sudah sihat lupa lagi Allah. Begitulah kedegilan sebahagian kita.

"Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya.

"Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran. Begitu cepat ia merebak. Jangan lupa gunakan kuasa doa sama ada doa biasa ataupun doa dengan qunut 'naazilah'". Manusia yang ada di sekeliling kita mahupun udara yang ada, semua dengan izin Allah semata-mata.


*MyMetro

Isnin, 24 Ogos 2009

Calon Penduduk Syurga

Petang itu, sesudah menunaikan sembahyang Asar, Nabi Muhammad mengajar ilmu kepada sahabat-sahabatnya di masjid. Semasa beliau sedang asyik mengajar tiba-tiba, beliau berhenti sejenak. Semua sahabat tertanya-tanya.

“Dari arah ini, dating calon penduduk syurga,” kata Nabi Muhammad sambil menuding jarinya ke arah yang dimaksudkan.

Semua mata tertumpu ke arah yang ditunjukkan Nabi Muhammad itu. Masing-masing mahu mengenali, siapakah gerangan orang itu. Tidak lama kemudian, seorang lelaki datang dari arah yang ditunjukkan. Seorang lelaki dusun. Lelaki itu masuk ke majlis Nabi Muhammad sambil memberi salam hormat dan bersembahyang Asar. Selepas itu dia terus pulang. Semua orang hanya memerhatikan sahaja gelagatnya.

Keesokan harinya, Nabi Muhammad memberitahu hal yang sama. Lelaki itu juga yang datang. Dia tetap berkelakuan seperti semalam. Masuk hari ketiga, Nabi Muhammad tetap memberitahu hal yang sama. Ternyata, lelaki dusun itu jugalah yang datang dan kelakuannya sama seperti hari-hari sebelumnya.

Kali ini, salah seorang sahabat Nabi Muhammad cuba mengekorinya dari jauh. Dia mendapati lelaki itu berasal dari desa yang bernama Sanah, sebuah desa yang terpencil. Dia terus mengekori lelaki itu hingga ke rumah. Beliau mengambil keputusan menemuinya. Dia pun mengetuk pintu dan memberi salam hormat kepadanya. Lelaki itu menyambutnya dengan gembira.

“Saudara tetamu saya. Masuklah,” katanya dengan mesra.

Sahabat Nabi Muhammad itu menerima pelawaannya dengan mesra. Dia segera masuk sebagai tetamu. Selama tiga hari beliau tinggal di rumahnya. Selama itu jugalah dia cuba mengenali lelaki itu dengan lebih dekat. Dia mendapati lelaki itu biasa-biasa saja. Sahabat Nabi Muhammad itu merasa hairan.

Saudara, apakah keistimewaan saudara? Nabi Muhammad mengatakan saudara adalah calon penghuni syurga,” Tanya sahabat Nabi Muhammad ingin tahu.

Lelaki itu menundukkan kepalanya sebentar kemudian menoleh ke arah sahabat Nabi Muhammad.

“Saya seperti yang saudara lihat selama tiga hari ini. Tetapi saya sentiasa menjaga hati saya daripada pengaruh kejahatan dan kedengkian kepada sesiapa pun juga,” katanya dengan merendahkan diri.

Kagum sahabat Nabi Muhammad mendengarnya. Penjagaan hati itulah yang menjadikan dirinya istimewa. Seorang penghuni syurga.

“Bertuah sungguh saudara,” sahut sahabat Nabi Muhammad itu dengan gembira.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Moga Damai Di Sana

Tepat jam 9.35 pagi 1 Ramadhon 1430H, ketika asyik memeriksa peti e-mail, aku dikejutkan dengan deringan handset dari dalam bilik. Sape ya call pagi ni., eh adik Intan.. ‘Hello Assalamualaikum…’, ‘Waalaikumussalam.., Abg kt mana, sibuk ke? Suara dari telefon. “Abg kat umah ni ha, kt Langkawi. Tak lah sibuk pun, nape adik? Tanyaku. “Mak…” jawab Intan smbil teresak-esak. ‘Kenapa dengan mak?’ .. ‘Mak dah tak ada abg,.. mak dh meninggal’. Esakannya agak kuat. Aku tersentak. Serentak terkeluar dari mulutku ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un’….


ۗكُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ


“Setiap yang bernyawa akan merasai mati”. Itulah maksud ayat 185 dari surah Aali-Imran.


Mak @ dikenali dengan nama Mak Yam merupakan salah seorang ibu angkatku. Dan yang menelefon itu Intan, merangkap adik angkat aku. Mak Yam kukenali melalui kelab sahabat Radio Malaysia Kedah FM (KFM) pada tahun 2005. Dia ku anggap seperti mak aku sendiri. Masa aku bekerja di Pulau Pinang dulu, selalu juga aku singgah di rumahnya andainya ada urusan di Bandar Alor Setar.


Kali terakhir aku bertemu dengan Mak Yam pada thn lepas iaitu 2 hari sebelum AidilAdha. Waktu tu Mak Yam pun x brapa sihat dah. Aku berkira sebelum balik raya Aidil Fitri kt kg nti ingat nk singgah kat umah Mak Yam sekejap., ingin bersalaman memohon maaf dulu dengannya sekeluarga. Yelah lama jgk x jumpa kan. Tp berita dari adik Intan pg td amat mengejutkan aku.


Mak Yam sayangkan aku umpama anaknya sendiri. Beberapa kali jugak aku bermalam dirumah Mak Yam sekiranya ada urusan di sana. Dia pernah memasakkan lauk kegemaranku. Paling ku x lupa Mak Yam pernah membasuh pakaian ku. Waktu tu aku baru balik dari kursus dan lusanya aku ada mesyuarat di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Jadinya aku singgah la kt sana. Memang aku nak basuh sendiri pakaian aku tu lepas aku keluarkan dari beg. Kebetulan pulak waktu tu mber aku balik bercuti kt Alor Setar call ajak keluar. Aku keluar kejap ngan mber aku tu, jalan2 kt Pusat Bandar. Bila balik umah aku tgk pakaian aku siap bersidai pun. ‘Laa mak basuh buat pa..’ .. ‘Xpala, Putra (nama panggilanku) pun anak mak jugak, mak anggap Putra mcm anak kandung mak.’ katanya.. Tersentuh hatiku. Masih ku ingat kata2 adik Intan “Amboi abg Putra, mak siap tlg basuh lg baju dia eh. Jeles ni, mak tak basuh pun baju kami” kata adik Intan sambil mencebik. “Tgk la mak syg kat abg, sbb tu la mak basuh.. hahaha”.. Gurauku dgn adik Intan. Sebenarnya mak cuci baju aku cara ‘manual’ guna tangan. Katanya kalau guna mesin basuh takut baju rosak. Alahai, mak2 terharu aku.. Disaat kata2 ini dititipkan, tanpa kusedar ada manik2 jernih mengalir di pelupuk mata. Mungkin kerana mengingati kenangan yang pernah tercipta sewaktu bersama. Mungkin juga kerana aku tidak dapat menziarahimu di ketika ini….


Sebagai mana maksud Surah Aali-Imran ayat 183 di atas, Setiap benda hidup akan mati jua akhirnya. Itulah janji Allah, Tuhan yang menciptakan sekelian alam. Yang pergi redhokanlah pemergian mereka, kita yang hidup perlu meneruskan kehidupan di bumi yang fana ini berbekalkan kenangan yang ada tanda ingatan. Buat Mak Yam, agar aman bersemadi di sana & ku hadiahkan serangkai doa untukmu semoga Allah mencucuri rahmat & menempatkanmu dikalangan orang-orang yang dikasihi-Nya. Al-Fatihah.

Khamis, 20 Ogos 2009

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan!

TABIR Syaaban hampir berlabuh. Berlalu meninggalkan hari-hari yang penuh berkat dan diberkati. Alhamdulillah, Ramadan pula hampir bertamu bersama keberkatannya yang melimpah ruah dan tidak terhingga.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa meletakkan keberkatannya pada apa sahaja perkara yang dikehendaki-Nya. Maka Ramadan telah dipilih-Nya untuk menerima antara curahan terbanyak keberkatan itu untuk diambil manfaat oleh sesiapa yang dipilih untuk mendapatkannya. Sebagai antara ikhtiar kita untuk digolongkan dalam golongan terpilih ini, marilah kita mempersiapkan diri menyambut Ramadan dengan menghimbau kembali makna dan martabat bulan yang mulia ini.

Ramadan itu adalah bulan yang tertinggi darjat dan martabatnya di sisi Islam. Pada bulan inilah Allah memfardukan puasa ke atas kaum muslimin dan dicatatkan sebagai kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Firman Allah SWT dengan maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, moga-moga kamu bertakwa. (al-Baqarah :183)

Di bulan Ramadan juga, Allah SWT menurunkan kitab suci al-Quran dan dipilih di antara malamnya suatu malam yang dinamakan lailatul qadar yang mana ia adalah lebih utama daripada seribu bulan. Allah SWT berfirman dengan maksudnya: Di dalam bulan Ramadan itulah diturunkan al Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia... (al-Baqarah: 185)

Kelebihan Ramadan

Mengenai kelebihan bulan Ramadan, terdapat banyak hadis Nabi SAW yang membicarakan tentangnya. Antaranya: "Bulan Ramadan adalah bulan keampunan. Apabila seseorang hamba berpuasa pada permulaan bulan Ramadan, maka Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya hingga akhir bulan tersebut hingga ke Ramadan berikutnya. Bagi hamba tersebut, dibina mahligai yang indah di dalam syurga, pintunya diperbuat dari emas bagi setiap hari dia berpuasa dan 70,000 malaikat memohon keampunan untuknya dari pagi hingga tenggelam matahari".

Bulan Ramadan dikenali dengan 'bulan kesabaran'. Ini kerana pada amalan berpuasa pada bulan ini menuntut kita bersabar menahan diri dari melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan perkara yang membawa kepada kurangnya pahala puasanya.

Rasulullah SAW sendiri menamakan bulan Ramadan dengan bulan kesabaran. Dalam satu hadis dari Salman r.a yang diriwayatkan oleh Khuzaimah di dalam Sohihnya bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Ia adalah bulan kesabaran dan pahala kesabaran ialah syurga."

Menurut pendapat cendekiawan Islam, sabar boleh dibahagi kepada tiga:

Pertama: Sabar dalam mentaati perintah Allah SWT.
Kedua: Sabar dalam meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.
Ketiga: Sabar dalam menerima takdir Allah SWT yang perit dan menyakitkan.

Kesemua jenis sabar ini terangkum di dalam ibadah puasa, kerana mereka yang berpuasa perlu bersabar dalam mentaati perintah Allah SWT, bersabar meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah iaitu kehendak syahwat dan bersabar menghadapi keperitan rasa lapar, dahaga dan lemah badan kerana melakukan ibadah puasa.

Ramadan juga adalah bulan digandakan amalan kebaikan yang dilakukan. Abu Bakar ibn Abi Maryam r.a berkata daripada sheikh-sheikhnya, bahawa mereka berkata: "Apabila tiba bulan Ramadan, maka hendaklah kamu meluaskan nafkah pada bulan tersebut, kerana memberi nafkah pada bulan tersebut digandakan pahalanya seperti memberi nafkah pada jalan Allah dan sekali bertasbih pada bulan tersebut lebih afdal daripada seribu tasbih pada bulan yang lain. Satu solat yang dikerjakan pada bulan Ramadan lebih afdal daripada seribu rakaat solat yang dikerjakan pada bulan yang lain".

Ramadan adalah bulan yang digandakan segala amal kebaikan. Allah SWT menggandakan ganjaran amalan berpuasa melebihi amalan-amalan yang lain. Maka berpuasa di bulan Ramadan sudah tentu menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding puasa pada bulan lain. Inilah antara kesan kemuliaan bulan Ramadan dan puasa Ramadan yang difardhukan oleh Allah SWT ke atas hamba-hamba-Nya.

Ibadah puasa merupakan suatu kefardhuan yang jami', (komprehensif dan merangkumi ibadah-ibadah yang lain) dan ibadah yang kamil (sempurna dan lengkap) kerana melalui puasa seseoraang mampu mengenal kemanisan iman dan ihsan. Intipatinya ialah hati dan roh.

Tujuannya supaya orang yang berpuasa dapat menghayati dan merasai kehidupan golongan soleh yang telah berjaya menyucikan jiwa dan raga, orang-orang yang luhur dan mendekatkan diri kepada Allah SWT, tidak melakukan kefasiqan, perbalahan, kemaksiatan zahir dan batin.
Ibadah puasa juga merupakan suatu amalan simbolik, menjadi rahsia di antara seseorang hamba dengan Tuhan-Nya. Lantaran itu, orang yang berpuasa diberi keistimewaan Allah SWT memilih dari senarai carta ibadah-ibadah yang lain untuk disimpan di dalam perbendaharaannya sebagai jaminan untuk dipersilakan masuk ke syurga dan layak bertemu dengan-Nya.

Rasulullah SAW h mengungkapkan dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan daripada Tuhan-Nya yang bermaksud: "Semua amalan anak Adam adalah bagi dirinya melainkan puasa. Ia adalah bagi-Ku dan Akulah yang membalasnya".

Kerana Allah

Ramai kalangan ahli fikah, ahli sufi dan ulama yang lain membahaskan makna hadis ini dengan lebih terperinci. Di antara huraian mereka yang ialah :

Pertama: Seseorang yang berpuasa akan meninggalkan segala lintasan dan keinginan nafsunya semata-mata kerana Allah SWT. Jika diteliti, perkara demikian tidak terdapat pada ibadah yang lain melainkan di dalam puasa.

Misalnya, bagi seseorang yang solat terpaksa meninggalkan keinginan syahwatnya termasuk makan dan minum, namun masanya tidak panjang seperti masa berpuasa. Malah, orang yang hendak mengerjakan solat, makruh mengerjakan solat dalam keadaan dirinya berkeinginan untuk makan.

Oleh itu, disuruh mendahulukan makan daripada solat. Berbeza keadaannya bagi orang yang berpuasa. Dia perlu menahan nafsunya dan keletihan berpuasa sepanjang waktu siang. Bahkan sesetengah negara, ia terpaksa menahan dahaga dan lapar dalam cuaca yang amat panas atau sejuk.

Sekalipun orang yang berpuasa kadang-kala terlalu berkeinginan untuk mendapatkan apa yang diinginkan oleh nafsunya, tetap juga ditinggalkan semata-mata kerana Allah, walaupun perkara tersebut boleh didapati atau dilakukan di tempat yang tidak diketahui oleh seorang manusia pun.

Ini menunjukan tanda keimanannya yang sahih dan benar. Orang yang berpuasa mengetahui bahawa Allah sentiasa melihat perbuatannya, sekali pun ketika berada di tempat yang tersorok atau tersembunyi. Lantaran itu, Allah berfirman selepas itu, maksudnya: "Sesungguhnya dia meninggalkan syahwatnya, makanan dan minumannya semata-mata kerana Aku".

Sebahagian salafussoleh berkata: "Berbahagialah orang-orang yang meninggalkan syahwatnya kerana suatu janji ghaib yang tidak dapat dilihatnya".

Apabila seseorang mukmin yang berpuasa itu yakin bahawa Allah meredainya ketika dia meninggalkan syahwatnya demi keredaan Tuhannya, maka dia beroleh kelazatan dengan meninggalkan nafsu syahwatnya lantaran keimanan dan keyakinannya itu. Dia memandang bahawa pahala atau azab yang bakal diperolehinya adalah lebih besar daripada kelazatan tidak berpuasa yang tidak dilihat oleh orang lain. Bahkan, bagi sesetengahnya kebencian melakukan perbuatan yang dimurkai Allah tersebut adalah lebih besar daripada ketakutan terhadap azab seksa akhirat akibat tidak berpuasa.

Oleh kerana inilah, kebanyakan orang yang beriman, sekali pun mungkin terlintas membatalkan puasa Ramadan tanpa sebarang keuzuran, tidak akan melakukannya. Sebabnya, mereka mengetahui bahawa Allah SWT akan murka terhadapnya sekiranya dia berbuka. Inilah tanda keimanan seseorang mukmin.

Maka kelazatannya berpindah kepada perkara yang diredai Allah SWT sekalipun perkara tersebut bertentangan dengan kehendak nafsunya. Malah dia berasa perit untuk melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah, sekali pun perkara itu cocok dengan kehendak syahwatnya.

Kedua: Puasa juga adalah rahsia di antara seseorang hamba dengan Tuhannya. Ia tidak dapat dilihat atau ditinjau oleh sesiapa pun melainkan Allah SWT. Sehingga dikatakan bahawa amalan puasa tidak dicatat oleh Malaikat Hafazah (pencatat amalan).

Demikianlah sekelumit kecil daripada kebesaran dan kemuliaan Ramadan yang melayakkannya dianggap sebagai Tamu Agung yang datang berkunjung. Wajiblah bagi kita menyambut, melayan dan menunaikan segala hak tetamu istimewa ini, yang belum tentu akan datang berkunjung lagi dalam hidup kita, dengan sebaik dan sesempurna mungkin. Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan!

*Dipetik dari Utusan Online.

Hargai Masa

Salam semua., Hampir 2 minggu jgk aku x update blog ni. Sibuk sgt dgn tugasan yang diamanahkan & aktiviti seharian…


Semakin hari dirasakan semakin singkat. Tetapi percaya atau tidak kehidupan setiap orang semakin pendek. Setiap kali tatkala tiba hari lahir kita, seringkali sahabat handai & teman2 akan memberikan ucapan, mendoakan kesejahteraan kita, dimurahkan rezeki. Dipohonkan juga semoga kita dipanjangkan usia, ye tak? Alhamdulillah seandainya kita mempunyai sahabat yang sentiasa mendoakan kebahgiaan kita, teman yg x jemu mewarnai perjalanan hidup kita.


Namun ketahuilah, setiap hari saat kita kian hampir. Masa kian suntuk untuk kita terus melaksanakan tugas sebagai hamba-Nya. Jadi gunakanlah peluang yang ada ini dengan sebaik mungkin. Pepatah arab ada menyebut ‘masa itu ibarat pedang, andai kita tidak memotong, ia akan memotong kita.’ Dan byk lagi ungkapan yang menggambarkan kepentingan masa umpamanya masa itu emas.


ALLAH berfirman yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” (al-Asr: 1-3)


Pejam celik, kita kian menghampiri akhir tahun 2009. Betapa pantas masa berlalu tanpa kita sedari. Malah, kalau kita sedar pun hari dah petang, sudah lima hari bekerja dan esok cuti. Pabila cuti tetiba baru sedar ‘ala rasa kejap je cuti esok dah nak kerja dah’.. Inilah realitinya manusia hari ini (termasuklah aku)..


Masa yang berlalu dengan pantas ini, sama ada disedari atau tidak bermakna umur kita makin pendek. Maka, apakah persediaan yang sepatutnya dibuat oleh kita sebagai umat Islam?


Sebagai umat Islam kita mesti selalu bermuhasabah iaitu menilai amalan-amalan kita. Adakah yang kita lakukan hari ini lebih baik dari semalam atau sebaliknya. Ini memerlukan kepada istiqamah dan itqan (berkualiti dan berterusan).


Apabila umur kita makin pendek, kita perlu melihat bukan sahaja kepada amalan khusus tetapi juga fardu kifayah sebagaimana yang dituntut dalam pendekatan Islam Hadhari. Sedarlah, masa tidak akan menunggu kita. Jika kita tidak mendahului masa kita seolah-olah meletakkan diri dalam keadaan yang menyebabkan kita terpinggir dan ketinggalan. Akhirnya, kita akan pasrah kepada takdir atau menyalahkan orang lain atas kegagalan kita.


Pada masa yang sama, kita perlu menghayati sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, waktu lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati”. (riwayat al-Hakim)


Kita tidak tahu bilakah masanya ajal kita akan tiba. Jika sudah sampai ajal ia tidak akan ditangguh atau dicepatkan walaupun sesaat. Oleh sebab itu, jangan kita beranggapan orang muda itu ajalnya lebih lewat berbanding orang tua. Usia muda bukan masa untuk kita mengikut hawa nafsu dan syahwat. Sebaliknya, ia perlu diisi dengan pencarian ilmu dan amal ibadat, menyumbang kepada masyarakat serta menjadi daie menasihati rakan-rakan yang tersesat jalan.


Sahabat Baginda Rasulallah s.a.w. ada berkata, Malanglah orang yang hari ininya sama dengan semalam dan esoknya sama dengan hari ini.


Jadi dikesempatan yang ada marilah kita bersama menghargai masa melakukan maa’ruf, perkara yang diredhoi oleh Allah SWT, perkara yang boleh menjamin kebahagiaan kita di Akhirat sana. InsyaAllah..

Rabu, 5 Ogos 2009

Sebelum Terlena

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu

*Lirik Lagu Nasyid Kumpulan Hijjaz

Aurat

Salam semua., semoga kita sentiasa berada di bawah naugan rahmat-Nya. Sebenarnya aku dah nk tidor ni, yelah letih baru balik dari main badminton kat dewan Mahsuri yg x jauh dari rumah sewa aku. Untuk pengetahuan, dewan ni juga merupakan lokasi berlangsungnya pameran LIMA (Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition). Dah la dipertengahan jalan time nk balik td tetiba je hujan turun lebat pulak tu, habis basah kuyup aku ngan mber umah aku. Tp Alhamdulillah, nasib baik la handphone Sony Ericsson aku x masuk ayaq, klu tak habis la kena beli baru., pokai la duit aku.. dah la bulan depan nk kena renew lesen memandu, roadtax & insuran keta sekali, raya pun bulan depan jugak, nk prepare utk hantaq keta naik kargo lagi.. Aduh, byk jugak nk pakai duit ni. Sabar je lah..

Main badminton ni sbnrnya 2 @ 3 kali je seminggu. Biasanya main 2 jam start pukui 10 mlm - 12 tgh mlm. Yelah siang kan sibuk bekerja cm malam jelah yang boleh bersukan/main badminton pun. Time cuti plak klu xda urusan apa2 aku keluar jogging ngan member2 aku. Selalunya keluaq dgn abg Sham & cikgu Sobri. Kami berjogging kat area pantai Cenang @pun kat jambatan belakang Langkawi Lagoon bleh jgk menikmati keindahan panorama ciptaan Yang Maha Kuasa. Lagi pun semua org tahu kan, bersukan ni baik utk kesihatan. Jika badan kita sihat otak pun cergas, jadi kita boleh membuat kerja & menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya dengan sempurna., ye tak?

Sebetulnya td masa tgh berbaring kt tilam empuk aku tu, tetiba teringat kiriman e-mail petang semalam dari sahabatku di UUM. Antara kandungan e-mail tu dia menyarankan agar aku paparkan maklumat mengenai ‘aurat’. Terfikir aku seketika., diakui mutakhir ini dunia fesyen sedang berkembang dengan maju sekali melalui rekaan2 yg terkini. Tetapi, adakah ianya menepati kehendak syarak? Di sini bukan ingin mempertikaikan pereka2 fesyen @ tukang buat pakaian cuma ingin melihat kehendak dan cara pamakai itu sendiri.. Lebih2 lagi kaum hawa (jgn marah ya)..

Tanpa berlengah, aku lantas mencapai laptop acer di atas meja tulis, ‘on’kan, sambungkan USB broadband dan terus ku terjah ke laman blog utk memasukan entri berkaitan aurat.

PENGERTIAN AURAT

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.

PERINTAH MENUTUP AURAT

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud :

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya Allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.

Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.

Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.

Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."

*Dipetik dari web Jab. Agama Islam Selangor, maklumat seterusnya SILA KLIK

Di sini saya lampirkan sedikit panduan cara pemakaian bagi wanita.







Isnin, 3 Ogos 2009

H1N1

Ketika ini dunia diresahkan dengan penularan virus selsema babi @ Influenza A (H1N1). Virus yang dipercayai bermula di Mexico ini terus melebar ke serata dunia termasuklah negara kita. Kita boleh lihat saban hari terpampang didada akhbar mengenai kes yang menggerunkan ini. Banyak institusi telah ditutup sementara ekoran dari penularan penyakit ini termasuk juga institut pengajian seperti sekolah dan universiti.
Sehingga artikel ini ditulis, sejumlah 183,826 kes dengan 1,301 kematian dilaporkan daripada 167 buah negara. Virus ini menyerang tidak mengira siapa dan yang terbaru laporan akhbar hari ni (3 Ogos), murid sekolah berusia 10 tahun dilaporkan sebagai kematian pertama di Perak dan pelajar tahun enam di Johor menjadikan angka kematian di negara kita meningkat kepada 6 orang.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan panduan yang perlu dipatuhi serta langkah berjaga-jaga agar wabak ini dapat dibendung penularannya. Namun semuanya terpulang kepada setiap individu itu sendiri untuk lebih serius dalam menjaga kebersihan diri serta menangani gejala-gajala yang boleh mengakibatkan mendapat jangkitan. Setiap penyakit pasti ada ubatnya, cuma kita perlu berikhtiar dan berusaha dalam mencari penawarnya. Sebuah hadis Rasulullah SAW dari sabdanya yang bermaksud:
"Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila penyakit telah bertemu dengan ubatnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah, Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Agung."
(Riwayat Muslim)
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim pula berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda dengan maksudnya:
"Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali menurunkan pula (ubat) penyembuhan bagi penyakit tersebut."
Walaupun setiap perkara atau sesuatu penyakit itu ditentukan oleh Allah, tetapi kita juga diseru oleh agama untuk berikhtiar dengan pelbagai cara untuk merawat setiap penyakit tersebut. Justeru itu, seseorang yang menghadapi sesuatu penyakit digalakkan mencari ubatnya dan tidak hanya berserah kepada nasib dan takdir sahaja.

Terdapat pelbagai cara atau kaedah dalam merawat penyakit, malah penggunaan teknologi canggih juga merupakan sebahagian dari sains moden dalam merawat penyakit disamping rawatan tradisional serta perubatan secara Islam. Namun perkara yang paling asas adalah dengan menganggap ianya adalah salah satu ujian yang didatangkan oleh Allah SWT untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran seseorang hamba-Nya. Sesungguhnya hanya pencipta alam semesta yang Maha mengetahui dan mengerti segalanya.
Di sini dilampirkan do'a yang boleh kita amalkan ketika berlakunya penyakit menular:-

Perantau: Pembawakan Diri

Skrg jam menunjukkan pukul 1.1o pagi, mata pun belum nk lelap lagi.. Nak buat apa ya? Nak membaca buku, malas plak rasanya.. Nk borak ngan mber umah smuanya dh tido. pikir2... ... ....
Eh! dh lima minit berlalu,. kena buat sesuatu nih.. Ahh tulis jelah apa2 ek..

Mm, sejak aku wujudkan blog ni x pnh pun aku ceritakan apa2 pasai aku.. Tp nk ceta apa ya? Hatiku berkata "Ceta jelah apa2 Adie asalkan ada catatan kat blog ni".. em, ye x ye jugak eh. :)

Klah, bercerita tentang pembawakan diri., betul ke ayat ni.. Yelah klu tersilap tatabahasa malu oo.. hehe. Sbnrnya aku teringat sewaktu mula2 aku menjejakkan kaki di Negeri Selangor Darul Ehsan. Masih ku ingati tanggal 30 Disember 1999, aku mendaftar di UiTM, Shah Alam. Kebetulan waktu tu umat Islam sedang menyambut Ramadhon yang mulia dan akan menyambut Syawal pada 5 Januari 2000. Tentu orang tertanya2 kenapa aku mendaftarkan diri di UiTM tatkala umat Islam sibuk dengan persiapan menyambut Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak berapa hari lagi. Tp insyaAllah, ada masa akan ku coretkan kenapa...

Eh! kan aku cetakan tentang pembawakan diri td.. Apa yg ingin aku fokuskan mengenai mereka yang hidup di perantauan, x kira samada pegi dgn niat utk belajar mahupun bekerja. Sebetulnya aku dilahirkan di sebuah kampung yang berada di Daerah Baling. Baling? Ya, pastinya generasi sejarah akan teringat akan peristiwa bersejarah Rundingan Damai Baling antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Baling, Kedah Darul Aman, pada 28 dan 29 Disember 1955. Rombongan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, David Marshall dan Hamid Jumat sementara rombongan PKM terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin. Selain itu Daerah Baling juga sinonim dengan Peristiwa Memali yang berlaku pada tahun 1985 (aku darjah 1 waktu ni)...

Opp, aku bukan nk cakap soal tu cuma daerah kelahiranku ini terkenal dengan sejarah tersebut. Berbalik pada pembawaan diri tadi, aku yang dibesarkan di kampung yang bebas dengan masalah yang berlaku di kota. Tiada kesesakan, kebisingan kota, tiada segala kemewahan, tiada jenayah dan tidak berdepan dgn masalah sosial.. cm yang ada hanya kedamaian, ketenangan dan bebas ke mana saja.. Aduh tetiba teringat waktu kecik2 mandi air telaga, sejuknya rasa. Klu minggu persekolahan pukul 5 pagi dah bangun, berjalan sambil membawa pelita minyak tanah @ torchlight meredah jalan ke telaga.. Dengan angin yg sepoi2 bahasa menyamankan lagi tubuh tatkala badan disirami air. Perghhhhhhh, segar badan beb mandi air telaga.. Biasanya abah aku yang selalu menemankan aku dan adik2 ku. Kadangkala turut disertai dengan sepupu2 (kak dah & kak chik) aku.. Best bila ingat waktu tu.

Alamak, melalut plak lg ek.. Dipendekkan cerita, thn 1996 aku melangkah kaki ke Bandar Alor Setar. Waktu tu aku belajar di salah sebuah sekolah agama di sana. Tapi tahap sosial masih rendah. Namun, setibanya di Shah Alam/KL aku jadi terkejut dengan apa yang aku lihat, suasana yang x pnh aku lihat semasa di Kedah. Aku berada dlm terpinga2 atau senang diistilahkan 'shock culture'.. Dengan gaya fesyennya, pergaulan, pertuturan dan tingkahlaku orang2 yang tinggal di kota besar mmg jauh berbeza dengan orang yang tinggal di pedalaman..

Namun, aku x cepat melatah dengan keadaan tersebut.. Aku akui gaya hidup mmg hebat. Lelaki dan perempuan tanpa segan silu berpegangan tangan, bermesra sesama mereka dikhalayak ramai.. Dah la gaya pakaian mereka fuh up to date.. Bibirku hanya mampu beristighfar,. Yelah aku kan background agama, jd tergaman jugak la bila tgk perkara yang sememangnya x patut dibuat. 'Inikah kehidupan kota', bisikku.. Tp bak kata pepatah 'masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembik'.. Aku sedar sedikit sebanyak aku kena juga mengikut rentak kehidupan orang kota. Tapi masih dilandasan yang benar, masih ingat akan halal haramnya.. Aku diajar mengenai hukum hakam sewaktu di sekolah menengah dahulu. Berjela2 ceramah ustaz & ustazah menceritakan ttg perkara baik dan perkara salah. Ibubapaku juga seing berpesan supaya pandai menjaga diri di tempat orang.

Semenjak tahun 1996 hinggalah kini, aku sebagai anak perantau.., Dari Alor Setar ke Perlis, ke Shah Alam dan Pulau Mutiara.., Kini di Bumi Permata Kedah, Langkawi.. Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana sepanjang perantauan ini, ku masih dilindungi, biarpun pelbagai dugaan yang dihadapi juga mgkn berkat doa ibubapa ku yg tidak putus2 mendoakan kesejahteraan ku..

Hidup diperantauan byk godaan, apatah lagi berjauhan dengan ibu bapa, jauh dari kampung halaman, jauh dari sesiapa yg boleh menasihatkan kita.. Kita bebas melakukan apa sahaja yg kita kehendaki.. Apatah lg hidup di bandar2 besar, siapa yang hendak melarang apa yang kita buat, siapa yang akan menegur klu berlaku perkara yang salah? Semuanya terpulang kepada diri kita sendiri apa yang perlu kita buat.. Tuhan anugerahi kita dengan akal, jadi gunalah dsebaik2nya.. Pandai2lah dalam memilih sahabat dlm pergaulan. Paling penting ingatilah ibu bapa kita, hargailah pengorbanan mereka. Biarlah mereka menangis kerana kejayaan kita (dlm apa jua) tapi bukan kerana kealpaan kita. Tidak salah andai kita ingin mengikuti peredaran masa, ingin bersosial, ingin melakukan apa jua perkara yang kita ingin lakukan tetapi biarlah berasaskan kepada prinsip dan syariat yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T..


Ingatlah duhai teman sekalian, walau dimanapun kita berada Allah sentiasa melihat..
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular