Di bawah dinyatakan antara kemugkinan simptom-simptom seseorang tu menghadapi penyakit misteri, akibat terkena sihir atau sakit yang melibatkan gangguan jin dan iblis. Penyakit-penyakit seperti ini sukar untuk diubati dengan rawatan moden. Antara tandanya:
Dada atau jantung sentiasa berdebar
Anda mengalami penyakit dada/jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh kawal)
Hilang selera makan
Selera makan hilang dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.
Tidak mampu untuk mengawal diri sendiri
Hilang kawalan diri dengan tiba-tiba (pengsan, hysteria, mudah marah, tekanan perasaan, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu mengawalnya).
Selalu alami gangguan semasa/sebelum tidur
Amat sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa atau sebelum tidur. Termasuk sering mengalami mimpi menakutkan dan sering terjaga daripada tidur dengan tiba-tiba. Adakalanya terasa ditindih sesuatu (lembaga) semasa tidur dan mengalami gangguan fikiran sebelum tidur.
Berasa tidak tenteram di rumah
Rasa takut, seram, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.
Timbul masalah hubungan suami isteri
Hubungan yang baik antara pasangan suami dan isteri, tiba-tiba bermasalah. Biasanya apabila berjauhan, rasa rindu antara satu sama lain tetapi timbul perasaan benci atau sering bergaduh bila berjumpa terutama sekali di rumah meskipun tanpa sebab yang besar.
Suka duduk bersendirian atau tiba-tiba sedih
Entah mengapa dengan tiba-tiba timbul rasa sedih, sering duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri) dan rasa seperti tidak berguna.
Kesan lebam pada tubuh
Malas untuk melakukan kerja harian / amal ibadat / pekerjaan
Ini juga tanda-tanda terkena penyakit non-perubatan iaitu tanpa sebab musabab anda terasa amat malas untuk melakukan kerja seharian di pejabat, malas ke pejabat, hilang minat bekerja, malas beribadat. Juga hilang semangat untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga atau saudara-mara terdekat.
Sering ternampak atau terdengar sesuatu yang pelik
Selalu ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga agar anda melakukan perkara pelik seperti mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya menghasut kea rah melakukan perkara yang bersifat jahat, halusinasi dan sebagainya.
Melihat / mimpi binatang
Melihat binatang berbisa seperti kala jengking atau ular di dalam rumah. Bermimpi melihat bintang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah dan kematian yang pelik-pelik.
Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba
Perniagaan yang sedang meningkat maju dan beroperasi dengan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah
Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.
Walaupun begitu, anda dinasihatkan menjalani pemeriksaan dengan doctor pakar terlebih dahulu bagi setiap masalah yang dihidapi seperti di atas kerana ada di antara tanda penyakit tersebut sebenarnya menjurus kepada penyakit saintifik seperti barah kerana tandanya juga pesakit akan hilang selera makan dan berat badan susut dengan cepat..
*Dipetik dari Buku ‘Himpunan Petua Mujarab’ terbitan Media Kraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan