Isnin, 3 Ogos 2009

H1N1

Ketika ini dunia diresahkan dengan penularan virus selsema babi @ Influenza A (H1N1). Virus yang dipercayai bermula di Mexico ini terus melebar ke serata dunia termasuklah negara kita. Kita boleh lihat saban hari terpampang didada akhbar mengenai kes yang menggerunkan ini. Banyak institusi telah ditutup sementara ekoran dari penularan penyakit ini termasuk juga institut pengajian seperti sekolah dan universiti.
Sehingga artikel ini ditulis, sejumlah 183,826 kes dengan 1,301 kematian dilaporkan daripada 167 buah negara. Virus ini menyerang tidak mengira siapa dan yang terbaru laporan akhbar hari ni (3 Ogos), murid sekolah berusia 10 tahun dilaporkan sebagai kematian pertama di Perak dan pelajar tahun enam di Johor menjadikan angka kematian di negara kita meningkat kepada 6 orang.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan panduan yang perlu dipatuhi serta langkah berjaga-jaga agar wabak ini dapat dibendung penularannya. Namun semuanya terpulang kepada setiap individu itu sendiri untuk lebih serius dalam menjaga kebersihan diri serta menangani gejala-gajala yang boleh mengakibatkan mendapat jangkitan. Setiap penyakit pasti ada ubatnya, cuma kita perlu berikhtiar dan berusaha dalam mencari penawarnya. Sebuah hadis Rasulullah SAW dari sabdanya yang bermaksud:
"Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila penyakit telah bertemu dengan ubatnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah, Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Agung."
(Riwayat Muslim)
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim pula berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda dengan maksudnya:
"Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali menurunkan pula (ubat) penyembuhan bagi penyakit tersebut."
Walaupun setiap perkara atau sesuatu penyakit itu ditentukan oleh Allah, tetapi kita juga diseru oleh agama untuk berikhtiar dengan pelbagai cara untuk merawat setiap penyakit tersebut. Justeru itu, seseorang yang menghadapi sesuatu penyakit digalakkan mencari ubatnya dan tidak hanya berserah kepada nasib dan takdir sahaja.

Terdapat pelbagai cara atau kaedah dalam merawat penyakit, malah penggunaan teknologi canggih juga merupakan sebahagian dari sains moden dalam merawat penyakit disamping rawatan tradisional serta perubatan secara Islam. Namun perkara yang paling asas adalah dengan menganggap ianya adalah salah satu ujian yang didatangkan oleh Allah SWT untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran seseorang hamba-Nya. Sesungguhnya hanya pencipta alam semesta yang Maha mengetahui dan mengerti segalanya.
Di sini dilampirkan do'a yang boleh kita amalkan ketika berlakunya penyakit menular:-

1 ulasan:

neutralman berkata...

Baru siang tadi aku coretkan pasal kematian 2 org pelajar, tetiba dalam buletin utama malam td 2 orang lagi yang meninggal akibat H1N1.. Nauzubillahimin zalik..
Moga roh mereka dicucuri rahmat. Amin..

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular