Jumaat, 25 Disember 2009

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis maka dia pun berkata: “Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?”

Maka berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan kedalam neraka.”

Berkata orang tua itu. “Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.”

Berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”

Berkata orang tua itu, sambil menangis: “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”.

Selasa, 8 Disember 2009

Menggigil Lutut Jin Dan Manusia Melihat Neraka Jahanam

Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.

Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”

Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.

Ahad, 22 November 2009

Memang ALLAH Sengaja...

Sekadar Renungan Bersama...


  • MEMANG ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.


  • MEMANG ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.


  • MEMANG ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.


  • MEMANG ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita untuk masa depan…


  • MEMANG ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


  • MEMANG ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.


  • MEMANG ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


  • MEMANG ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA.

Sabtu, 14 November 2009

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Rabu, 11 November 2009

Golongan Kiri dan Kanan

Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? Dan puak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia) yang akan mendahului ( mencapai batasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak).
(Al-Waqiah: 8-10)

Huraian

Golongan kanan ialah mereka yang menerima buku catatan amalan mereka dengan tangan kanan adalah orang yang mendapat kemuliaan. Merekalah orang yang berbahagia dan bakal menduduki syurga.

Manakala puak kiri iaitu orang yang menerima buku catatan amalan mereka dengan tangan kiri merupakan satu petanda bahawa merekalah orang yang rugi yang mendapat kecelakaan dan bakal menghuni neraka jahanam.

Keadaan puak ketiga pula adalah orang yang telah mendahului dalam melakukan kebaikan dan amal soleh ketika di dunia malah mereka sentiasa berlumba-lumba untuk tabungan hari akhirat.

Golongan ini telah diberi kemuliaan oleh Allah SWT sepadan dengan kecemerlangan yang telah dicapai mereka ketika hidup mereka di dunia.


Kesimpulan

Allah SWT menjadikan dunia ini sebagai ladang akhirat. Siapa yang bijak memanfaatkan masa hidupnya maka kesudahannya adalah kebahagiaan. Mereka akan tergolong di kalangan orang-orang yang beroleh kenikmatan dunia dan akhirat serta layak menduduki syurga Allah..

Khamis, 5 November 2009

Kau Hadir

Dikau hadir

Di kala aku memerlukan seorang teman

Dikau bawa secebis bahagia

Bila aku hampir berputus asa


Kuterima segala

Apa yang diperduga

Dan kini kubersedia

Hadapi hari muka


Kau bawa sinar cahaya

Di hariku yang gelita

Dan dikau hadir tepati waktunya

Membawa tawa ceria


Bila mana kau terima

Hidup ada suka dan duka

Mendung takkan selamanya

Sinar mentari kan menjelang tiba


lihat klip video

Selasa, 3 November 2009

Ucapan Hari Lahir Ku Yang Ke-31

Tepat jam 11.20 pagi.. Aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbit ku.. terpapar “MY HOME”.. Bibirku mengukir senyuman.. “Helo Assalamua’laikum..” “Waa’laikumussalam,.. Hepi Besday, semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia selalu…” Terdengar suara ibuku,.. Terharu sangat tatkala mendengarnya.. Apatah lagi jarang sangat aku mendapat ucapan selamat hari lahir dari ibuku,.. Tapi aku faham, bilangan anak seramai 13 orang & sibuk dengan tugasan harian mungkin membuatkannya terlupa..


“Slmt Hari Lahir yang ke-13,..” Lanjut ibuku sambil ketawa kecil,. “Aa mak dah 13 tahun usia ni..” Balasku sambil tersenyum sendiri. “Itulah umur dah meningkat, bila lagi ni nak ada jodohnya..”. “Tahun depan kot”.. balasku.. “Huh, tahun depan.. dah berapa tahun dah asyik tahun depan je ni”.. “InsyaAllah mak, mudah2an.. Tapi klu xde tahun depan, tahun lagi sekali dan tahun2 seterusnya..” Gurau ku… :)


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,.. itulah soalnya tatkala aku balik bercuti.. Kadangkalanya rasa tak selesa juga lah bila family, jiran, kawan-kawan, sedara-mara asyik bertanya hal yang sama je.. Tapi tak boleh la juga nak salahkan mereka, yelah mungkin mereka bertanya sbb prihatin dgn perihal kita..


Di sini antara ucapan Hari Lahir untukku..


Mantan KP PNM

Pd hari ulangtahun kelahiran awk yg ke31 ini (terlalu istimewa buat awak) Saya doakan agar Allah menganugerahkan hanya yg terbaik utk awak dan keluarga.


‘Happy Birthday’ dan ‘Thank you very much’


Sincerely

Siti Zakiah Aman

Oktober 2009


From:!~Raz.R~!

To:Me

Date:Friday, 30 October, 2009 4:59:07 PM

Subject:Happy Birthday

Message:

Assalamualaikum sahabatku yg dirahmati Allah

Maaf, mungkin Raz tak sempat meluangkan masa menghantar sebarang comment yg cantik dihari jadimu.

Situasi hidup kekadang tidak mengizinkan.

Apapun...

Ini doa Kak Raz,

Ya Allah.. Sahabatku ini diserikan oleh usia yang baru lagi hari ini. Sahabatku ini dirahmati-Mu lagi. Kurniakanlah dia segala kebaikan-Mu selalu. Hubungkanlah dia dengan Cinta-Mu selalu. Perteguhkanlah usianya ke arah-Mu selalu. Cantikkanlah dia dengan perlindungan-Mu selalu. Amin.


Selamat Hari Lahir, wahai sahabatku.

Moga Gembira & Sabar selalu.


Ikhlas,

Raz.R


From:~! ! ! @-@ ! ! !~

To:Me

Date:Saturday, 31 October, 2009 1:07:38 PM

Subject:Re: Salam......pe kabar... awk org kedah ...

Message:

selamat hari ulang tahun ye awk..

moga di panjangkan umur n diberi rezeki yg mencukupi n dberkati...

tke cre...


Kartini Mustakim

Happy Birthday! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
Terimalah Cake in Cup Blackforest ni.. ;)


Haruman Syurga

selamat hari lahir.. moga pjg umo, dimurahkan rezki, berjaya dunia akhirat :)


Margaret Bunga Anak Balai

wei...esok hari jadi hang ka...moga moga panjang umur dan murah rezeki ...amen.


Zara Aluwi

Happy birthday Adie. Ini jer kek hari jadi yg dapat makcik hadiahkan untuk kamu. Selamat menjamu kek ni. hehe.


Nurizma Zahari

Adie, sok besday... HEPI BESDAY ya... semoga rezeki semakin melimpah-ruah....


Qyra Q

selamat hari lahir ...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..dan cepat dpt dpt jodoh.....hihihihihi


Mieza

Slmt Hari Lahir ‘sayang’.. :) smg diberikan keberkatan umur krn Allah tlh menambah sehari lg dlm umurmu..


Sha Hasliza (My Assistant)

Salam.. A. Adie, Slmt Hari Lahir.. Semoga dimurahkan rezeki & dipnjgkan usia..


Adik Nab

Salam. Happy Birthday For You. Yg ke brp ye aku lupa., semoga pnjg umur & murah rezeki..


Adie Munie

Oopsss lupa.. HEPI BESDAY Pak Long..


Adik Ieja

Slmt Hari Lahir. Smg dpnjgkan umur, dmurahkan rezeki, dtemukan jodoh yg baik, dan dberikan yg terbaik drNya bt dirimu. Smg dirimu t`senyum bhg dihari lahirmu ditemani teman2 t’syg jua yg t’istimewa.


Nor Faizah

Just nak wish Happy Birthday


Kak Salwa

Slmt Hari Lahir, dah 31 thn ye :) Bila nk kawin., hehe.. moga panjang umur dan murah rezeki :)


Dik Lia

Epy Besday Abg Is. Hope dimurahkan rezeki, cehat selalu n slmt dunia & akhirat. Mana kak ipar dik ni? Men nyorok2 lg ek. Knl kan r..


Norsarinah PERMATA

Salam, happy birthday to u.. Semoga persahabatan kita sering diwarnai dgn warna2 keindahan serta jauh dari jurang perpisahan.. :)


Ayu Penang

Salam. Adie, happy birthday ye! Ayu doakan adie mendapat kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat serta diberi rezeki yg berkat dan kesihatan yg sempurna.. Amin.


Adik Yani

Selamat Hari Lahir.. Moga panjang umur & diberkati Allah swt..


Akak Norlie

Slm Adie, hepi besday ye. Moga murah rezeki sll. Akak doakan moga cpt temu jodoh gak yer.. :)


Adik Syauqah

Hepi Besday.. Moga peningkatan umur dpt mematangkan hdpmu, murah rezeki & m’dpt keredhaan Allah di dunia & Akhirat. Moga cepat dpt jodoh :)


Akak Ziela

Happy Besday.. Smg pnjg umur, murah rezki. Smoga cpt KAWIN. Klu kawin jgn lupa panggil k.


Bank Islam

Bank Islam wished you a Happy Birthday on 31/10/2009. Bank Islam. SMS.


Mawar Desa MFM

Ya Allah. Engkau muliakan & sayangilah saudara ku ini. Berkatilah keluarga., Sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan drpd fitnah, penganiayaan & penghinaan, suburkan benih keimanan dgn penuh rasa kasih saying serta takwa. Makbulkan cita2nya yg murni. Amin ya Rabbal A’lamin. HAPPY B’DAY EDIE.


MaxisGift

Happy Birthday from Maxis! Enjoy free local Maxis-Maxis voice calls all day on your birthday. Rebate will be reflected in your next bill. (N0520)


Terima kasih yang tidak terhingga di atas ucapan dan doa dari semua. Really appreciate that. Mudah-mudahan kalian juga sentiasa di bawah lindungan Ilahi serta mendapat rahmat kasih sayang-Nya. Ameen..

Rabu, 28 Oktober 2009

Ciri-ciri Utama Calon Suami/Isteri Menurut Perspektif Islam

Islam menyarankan dalam soal pemilihan jodoh ialah di kalangan yang baik, berpegang teguh kepada agama, menjaga maruah diri dan cantik akhlaknya. Syariat mengungkap lelaki baik untuk wanita yang baik, begitu juga sebaliknya.


Konsep inilah yang perlu difahami oleh ibubapa dalam memilih menantu dan anak-anak dalam memilih pasangan kerana hadis Nabi bila Rasulullah berpesan, maksudnya, “perempuan itu dikahwini dengan empat perkara, kecantikan, keturunan, harta dan agamanya. Maka, pilihlah yang beragama, nescaya tangan engkau akan subur (berkat/selamatlah kamu)..”


Ciri-ciri Utama Calon Isteri Menurut Perspektif Islam

  1. Beriman dan solehah/berpegang teguh kepada agama
  2. Elok rupa paras supaya tenang mata memandang
  3. Memiliki akhlak terpuji
  4. Mas kahwin yang rendah
  5. Subur supaya boleh melahirkan zuriat ramai yang soleh/solehah
  6. Masih dara
  7. Keturunan baik untuk melahirkan generasi yang bertakwa
  8. Datang dari keluarga sederhana (qana’ah) bukan pentingkan kebendaan
  9. Bukan kaum kerabat atau saudara terdekat kerana boleh menjejaskan kesuburan
  10. Tidak lebih dari satu kerana risiko isteri curang disebabkan kesunyian sekiranya suami berpoligami dan gagal bersifat adil


Ciri-ciri Utama Calon Suami Menurut Perspektif Islam

  1. Berilmu dan bertakwa
  2. Bertanggungjawab supaya boleh memimpin keluarga
  3. Memiliki akhlak terpuji
  4. Memiliki/mamahami ilmu agama supaya boleh membimbing isteri
  5. Tidak berpenyakit
  6. Rajin usaha
  7. Sekufu dan sesuai/serasi mengikut pandangan Islam dan adapt/’urf/pandangan masyarakat umum (kadang-kadang berbeza mengikut tempat/zaman/masa/keadaan/adapt kebiasaan masyarakat)


..: Dipetik dari Majalah Wanita, Okt 09 :..

Khamis, 15 Oktober 2009

Perintah Solat 5 Waktu

ISRAK dan Mikraj adalah peristiwa luar biasa, melangkaui pancaindera manusia tetapi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah yang menguasai langit dan bumi.Mungkin bagi sesetengah orang, ia dianggap karut dan tidak logik atau dongeng tetapi bagi umat Islam, mereka wajib mempercayai peristiwa itu. Malah, ulama mencapai kata sepakat, orang Islam yang meragui atau tidak mempercayainya adalah terkeluar dari Islam.

Peristiwa itu dirakamkan dalam al-Quran. "Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (al-Isra':1)

Israk bermakna perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam tempoh singkat.

Mikraj ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha, iaitu dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan, menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha, ke Arasy menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.

Daripada riwayat menceritakan beberapa liku kejadian dialami baginda, tidak kurang dengan kejadian aneh bermula dari awal.

Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum Nabi s.a.w berhijrah. Ketika itu, nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya, Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib.

Tiba-tiba, datang malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya. Hati baginda dibersihkan dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam, diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali dan dimeterikan dengan 'khatimin nubuwwah.'

Selesai pembedahan, didatangkan sejenis haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa (Israk) dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat. Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan cahaya, iaitu 300,000 kilometer setiap saat. Kecepatan Buraq sekelip mata di antara Makkah dan Palestin.

Sampai di tempat tertentu Rasulullah s.a.w diarah Jibril berhenti dan melakukan solat dua rakaat seperti di Thaibah (Madinah), tempat baginda akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu) dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa a.s dilahirkan). Dalam perjalanan itu juga baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan menyaksikan golongan yang sedang bercucuk tanam, terus menuaikan hasil tanaman.

Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk.

Apabila ke Hadhratul Qudus untuk bertemu Allah baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di langit pertama Nabi bertemu dengan Nabi Adam a.s. Baginda diperlihatkan roh syuhada di sebelah kanan Nabi Adam dan roh manusia yang rugi di sebelah kirinya.

Selepas itu, di langit kedua baginda bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa, di langit ketiga dipertemukan dengan Nabi Yusuf, di langit keempat bersama Nabi Idris dan di langit kelima dengan Nabi Harun, yang turut mengucapkan salam kepadanya.

Tiba di langit keenam baginda berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim di langit ketujuh.

Di langit ketujuh Nabi juga diperlihatkan alam ghaib malaikat yang setiap harinya tidak kurang daripada 70,000 malaikat keluar masuk. Kemudian, dari langit ketujuh Nabi terus dibawa ke langit yang lebih atas, iaitu Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Nabi s.a.w diperlihatkan Sidrah dan gerak geri qalam dalam menulis, malah baginda juga diperlihatkan malaikat Jibril dalam bentuk yang sebenar.

Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kepada lima waktu saja, selepas melalui permintaan berulang kali atas usul Nabi Musa.

Rasulullah kembali ke Masjidil Haram di Makkah dengan selamat dan bersyukur kepada Allah.

Antara tanda kebesaran diperlihatkan kepada baginda ialah kehebatan perjalanan itu yang hanya mengambil waktu semalaman, menggunakan kenderaan Buraq yang tidak pernah dikenali manusia.Kehebatan perjalanan itu sukar dimengertikan akal manusia. Tetapi yang nyata itulah bukti kekuasaan Allah yang mencabar keimanan manusia untuk menerima dengan sepenuh hati.

Isnin, 12 Oktober 2009

Saat Menilai Cinta



APAKAH progres perhubungan cinta anda tahun lalu?


SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

.. : Sumber Kosmo Online : ..

Ahad, 11 Oktober 2009

Syawal 1430H

Alhamdulillah hari ini 22 Syawal 1430H, bermakna sudah 13 hari kita meraikan hari kemenangan setelah sebulan berjuang melawan hawa nafsu dan dari perkara-perkara yang boleh membatalkan ibadah puasa kita kepada Allah Taala. Segalanya teruji di bulan Ramadhan yang mulia ini lebih-lebih lagi tahap kesabaran, adab atau pergaulan seharian.


Kegembiraan menyambut Ramadhan jelas terpancar bagi umat Islam yang ternanti-nanti kedatangannya. Bersyukur juga kita kerana telah diberikan peluang menghabiskan ibadah puasa pada tahun 1430H ini. Apakah tahun hadapan kita masih diberikan peluang sebegini oleh Allah S.W.T? Bersamalah kita panjatkan doa kehadratNya mudah-mudahan kita antara hamba terpilih untuk tahun hadapan dan tahun-tahun yang seterusnya. InsyaAllah..


Untuk tahun ini, kegembiraanku bertambah apabila adik-adik kecilku berjaya menghabiskan 29 hari berpuasa antaranya Siti Nur Aisyah (adik), Nurul Hanani (kakak) dan Muhammad Ikmal. Ku kagumi semangat mereka berpuasa. Tersenyum melihat betapa mereka berjaya menjalani ibadah berpuasa seperti orang dewasa. Malah merekalah antara yang paling sibuk mengemas rumah tatkala Aidilfitri bakal menjelma. Doaku semoga semua adikku sentiasa bersemangat mengharungi ramadhan-ramadhan yang mendatang.


Sesungguhnya Ramadhan ini mengajar kita erti kesabaran,. Semua umat Islam yang berpuasa menghadapi pelbagai cabaran yang menguji sepanjang menjalani ibadah yang diwajibkan kepada sekalian umat Islam. Fenomena cuaca yang tidak menentu, adakalanya panas yang agak melampau. Bahkan hujan turun mencurah mengakibatkan banjir di sesetengah kawasan.


Bagiku kejadian kehilangan kasut pada dua malam berturut-turut ketika menunaikan solat sunat terawih, mengalami kemalangan 4 hari sebelum Syawal meskipun tidaklah seteruk mana serta demam sehari sebelum raya begitu menguji diriku. Inilah buat pertama kalinya aku menghadapi perkara sedemikian pada bulan yang penuh barokah ini.


Aku bercuti selama seminggu sempena hari lebaran. Menaiki feri dari Langkawi pada jam 12.00 tengah hari. Seterusnya rakan menjemput di Jeti Kuala Kedah dengan keretaku yang di hantar tiga hari sebelumnya. Tatkala memasuki Bandar Alor Setar jalan menjadi sesak dengan kenderaan dan kereta bergerak perlahan, di tambah pulak dengan keadaan cuaca yang sangat panas memadamkan hasratku untuk singgah di sekitar Pekan Rabu. Niat awalnya hendak melihat pakaian atau persiapan raya, andai ada yang berkenan dihati. Terus sahaja ke rumah rakanku itu di Hutan Kampung untuk menghantarnya pula.


Perjalanan balik kampung agak lancar pabila keluar dari Bandar Alor Setar. Namun setibanya di Gurun hujun turun begitu lebat hinggalah ke Jeniang membataskan jarak penglihatan dan memandu hanya sekitar 40 KM/J. Aku memandu dengan begitu berhati-hati disebabkan jalan yang licin dan air membanjiri permukaan jalan yang rendah. Alhamdulillah, akhirnya aku selamat sampai ke kampung pada sekitar pukul 6.30 petang. Malamnya aku berbuka puasa bersama keluarga untuk kali pertama Ramadhan kali ini dan malam esoknya juga..


Seperti kebiasaan di pagi raya kami adik beradik akan bersalaman dan mencium tangan kedua ibu bapa kami serta memohon ampun bagi setiap kesalahan yang pernah dilakukan. Seterusnya kami bersama-sama akan bersolat sunat hari raya di surau yang tidak berapa jauh dari rumah. Ramai juga anak kariah yang balik kampung hinggakan penuh saf di atas dan terpaksa bersolat di ruang bawah. Selesai menunaikan solat masing-masing bersalam memohon maaf atas segalanya.


Sesungguhnya pada hari raya sahaja aku dapat bertemu dengan rakan-rakan sekampung yang kebanyakkan juga merantau mencari rezeki. Seminggu bercuti aku manfaatkan dengan mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai. Hanya pada hari raya untuk semuanya bertemu dan mengeratkan silaturrahim serta mengenali sesama saudara sama. Tp yang pastinya setiap kali raya lemang tepung akan menjadi pilihan utamaku berbanding lemang pulut atau lain-lain juadah/kuih.. Lemang tepung ni x semua tempat ada/buat,. Ramai sahabatku tak tahu dan tak pernah melihat juadah ini melainkan lemang pulut. Yelah biasanya setiap tempat ada juadah istimewa/tradisi sama jugak macam gulai batang pisang yang hanya terdapat di kawasan kampung sahaja.


Pada kengkawan klu nak rasa mcmana lemang tepung datang la beraya ke daerah Baling atau mana-mana tempat ada dibuat lemang tepung. Gulai batang pisang plak selalunya dibuat semasa kenduri kahwin sahaja. Berkunjunglah ke kampung rakan-rakan anda untuk mengetahui keunikan tempat tersebut. Sekian :-)

Ahad, 27 September 2009

Berbuka Puasa



Majlis berbuka puasa semua staf perpustakaan (Langkawi) bertempat di Jai Island Cafe, Pekan Kuah..

Antara yang hadir Abg Sham & anak, Sha & suami, Mat Jon & isteri, Mat Lan & isteri, Miela & suami, Tijah, Som dan Halina.
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular