Sabtu, 8 Oktober 2011

Adab-Adab Suami Terhadap Isteri Ketika Isteri Mengandung

  • Lebihkan kasih sayang dan simpati sehingga isteri berasakan ada pembela.
  • Selalu memberi nasihat-nasihat yang baik yang boleh menguatkan semangat dan jiwanya.
  • Hendaklah berlaku jujur.
  • Jika ada tanda-tanda akan timbul krisis, tenang dan selesaikan segera.
  • Jangan menceraikan isteri ketika mengandung. Sebab itu Islam mengharam menceraikan isteri ketika mengandung, kerana boleh mengganggu fikiran dan perasaannya serta memberi kesan pula kepada anak dalam kandungan.
  • Memahami tambahan beban yang ditanggung isteri, justeru memaafkan kekurangan isteri dalam melayani suami.
  • Membantu isteri dalam kerja rumah terutama yang melibatkan tenaga fizikal.
  • Berlemah-lembut dan berhati-hati dalam melakukan hubungan jimak terutama ketika penghujung kehamilan.
  • Mengambil perhatian berat tentang perubahan bentuk tubuh badan isteri.
  • Berkongsi rancangan menyambut kelahiran bayi seperti persiapan, kewangan, peralatan, nama yang bakal diberi, cuti, kedatangan keluarga kedua belah pihak dan sebagainya.
  • Segera ke klinik atau hospital jika isteri sakit.

KASIH SAYANG sesama suami isteri amat bermakna dan perlu dijaga lebih-lebih lagi ketika si isteri berbadan dua

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Slm. anda tlh nyatakn haram ceraikn isteri ketika mengandung.blh explain lbh jelas?krn saya xjumpa pandangan org alim. Yg ada haram kalo ceraikn ketika haid dan nifas. Minta pencerahan krn ini soal hukum

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular