Rabu, 11 November 2009

Golongan Kiri dan Kanan

Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? Dan puak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia) yang akan mendahului ( mencapai batasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak).
(Al-Waqiah: 8-10)

Huraian

Golongan kanan ialah mereka yang menerima buku catatan amalan mereka dengan tangan kanan adalah orang yang mendapat kemuliaan. Merekalah orang yang berbahagia dan bakal menduduki syurga.

Manakala puak kiri iaitu orang yang menerima buku catatan amalan mereka dengan tangan kiri merupakan satu petanda bahawa merekalah orang yang rugi yang mendapat kecelakaan dan bakal menghuni neraka jahanam.

Keadaan puak ketiga pula adalah orang yang telah mendahului dalam melakukan kebaikan dan amal soleh ketika di dunia malah mereka sentiasa berlumba-lumba untuk tabungan hari akhirat.

Golongan ini telah diberi kemuliaan oleh Allah SWT sepadan dengan kecemerlangan yang telah dicapai mereka ketika hidup mereka di dunia.


Kesimpulan

Allah SWT menjadikan dunia ini sebagai ladang akhirat. Siapa yang bijak memanfaatkan masa hidupnya maka kesudahannya adalah kebahagiaan. Mereka akan tergolong di kalangan orang-orang yang beroleh kenikmatan dunia dan akhirat serta layak menduduki syurga Allah..

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular