Khamis, 25 Jun 2009

Perihal Berdoa

WAKTU TERBAIK BERDOA

  • Sesudah mengambil wuduk.
  • Ketika azan dilaungkan untuk solat dan selepasnya.
  • Di antara waktu azan dan iqamah.
  • Ketika iktidal yang terakhir dalam solat.
  • Ketika sujud, terutamanya ketika sujud terakhir dalam solat.
  • Sesudah Solat fardhu lima waktu.
  • Di antara dua khutbah iaitu krtika khatib duduk di mimbar sesudah khutbah yang pertama.
  • Sesudah imam membaca ‘waladh-dhoooolin’.
  • Ketika kaum Muslimin Berkumpul dalam suatu majlis.
  • Pada larut malam, terutamanya di sepertiga akhir malam.
  • Pada waktu sahur, sebelum fajar.
  • Setelah membaca atau setelah khatam Al-Quran.
  • Ketika wukuf di Arafah, ketika mengerjakan tawaf dan mengerjakan saie.
  • Ketika minum air zam-zam.
  • Ketika mengunjungi orang sakit.
  • Ketika hujan turun amat lebat.
  • Waktu berpuasa dan hamper berbuka.
  • Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.

TEMPAT TERBAIK BERDOA

  • Di rumah sendiri.
  • Di Multazam, Masjidil Haram.
  • Di Makam Nabi Ibrahim a.s.
  • Dalam Hijr Nabi Ismail a.s.
  • Di Bukit Safa dan Marwah.
  • Di raudhah Masjid Nabi (Masjid Nabawi)
  • Di masjid dan surau.
  • Dalam Masjidil Haram di kala melihat ka’abah atau di sisinya.
  • Ditempat-tempat wajib haji seperti Mina, Muzdalifah, Arafah dan di tiga jamrah.
  • Di dalam dan sesudah majlis pengajian, majlis ilmu, syarahan dan zikir.

BULAN TERBAIK UNTUK BERDOA

  • Rejab
  • Syaaban
  • Ramadhan
  • Zulhijjah (Bulan Haji)

HARI TERBAIK BERDOA

  • Malam Jumaat dan siangnya.
  • Malam Hari Raya dan siangnya.
  • Malam Lailatul Qadr.
  • Malam Isra’ Mikraj.
  • Malam Nisfu Syaaban.
  • Malam pertama bulan Rejab.
  • Hari Arafah.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular