Daripada Nabi Muhammad s.a.w., “Pada
waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, pada saat isra tersebut Allah
s.w.t telah memberikan lima wasiat kepadaku, antaranya:
- Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia
kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
- Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu
adalah kepada-Ku.
- Bersungguh-sungguhlah engkau dalam mencari syurga.
- Putuskan harapan daripada sesama makhluk kerana
sesungguhnya pertolongan mereka itu sedikit pun tidak ada kuasa di tangan
mereka.
- Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana
sesungguhnya pertolongan itu ada dalam qiyamullail.