Sabtu, 16 April 2011

Insaflah ..... Wahai Umat

Insaflah.....

Kaum Nuh lenyap dek banjir

Hanya kerana kufur dengan ajarannya

Apakah kita benar-benar beriman dengan ajaran Muhammad?


Kaun ‘Ad dan Thamud diterbangkan ribut

Lantaran cuma mempermainkan Nabi

Kita ... mempermainkan? Atau menghina warisan Nabi?


Kaum Lut terkapar dilingkup bumi

Silapnya hanyalah homoseksual mereka

Sekeliling kita ... Homoseksual? Lesbian? Sumbang Mahrim?

Segalanya ada...


Raja Namrud tewas dek seekor nyamuk

Akibat menentang Nabi Ibrahim

Kini – tidak hanya menentang .........

Malah mencipta hukum sendiri

Menghina hukum Nabi, membuang hukum Ilahi

Firaun dan Haman ‘mampus’ terhina

Kerana bersubahat takabur dan angkuh...

Tidak takaburkah kita?


Abu Lahab termaktub sumpahnya menjadi bahan api Neraka

Lantaran Cuma bencikan al-Quran

Kita...

Cintakan al-Quran? Atau majalah-majalah hiburan?

Selesakah kita dengan ajarannya?

Atau sama membencinya....


Siapakah kita?

Kaum Nuh....

Kaum ‘Ad....

Kaum Thamud....

Kaum Lut? Raja Namrud....

Firaun....

Haman....

Atau Abu Lahab...........


Atau....

MELEBIHI SEGALANYA..........

- Dipetik dari Majalah Dakwah Februari 1998 -

Jumaat, 1 April 2011

15 Perkara Yang Membuatkan Seseorang Berasa Bahagia

Sudah menjadi sifat semula jadi manusia tidak boleh hidup bersendirian. Manusia sememangnya saliang berhubungan dan memerlukan antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan hidup dan keperluan peribadi. Dalam menjalani kehidupan pula, semua manusia menginginkan kebahagiaan dan tidak sukakan kesengsaraan atau kesusahan.

Maka dalam perhubungan seharian, tentunya ada perkara yang boleh membuatkan kita rasa bahagia. Berikut diperturunkan beberapa perkara yang boleh membahagiakan perhubungan kita sesama manusia. Dalam hal ini, bentuk perhubungan adalah umum; boleh jadi pasangan, kawan, anak, ibu bapa atau sesiapa sahaja.

  1. Seseorang yang menyayangi kita.
  2. Seseorang yang menyintai kita.
  3. Seseorang yang boleh diajak berbicara.
  4. Seseorang yang menghormati kita.
  5. Seseorang yang menghargai apa yang ingin kita capai.
  6. Seseorang yang memahami mode kita.
  7. Seseorang yang boleh membantu kita dalam membuat keputusan.
  8. Seseorang yang merangsang cita-cita atau impian kita.
  9. Seseorang yang tertarik kepada kita.
  10. Seseorang yang boleh memberi keyakinan diri kepada kita.
  11. Seseorang yang berada di belakang kita semasa kita dalam kesusahan.
  12. Seseorang yang menerima kita seadanya.
  13. Seseorang yang mengagumi kebolehan kita.
  14. Seseorang yang membuatkan kita rasa berguna.
  15. Seseorang yang dapat mengubat kesunyian kita.

Oleh itu, dalam hubungan perkahwinan, setiap insan sudah tentu menginginkan setiap perkara tersebut daripada pasangannya. Dengan kata lain, sekiranya pasangan kita dapat memberikan perkara-perkara tersebut, sudah tentu kita akan rasa bahagia.

- Dipetik dari buku Hidup Sebumbung Tidur Sebantal, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular