Kita lihat ujian itu sebagai suatu yang mengajar kita tentang kebaikan Allah untuk masa depan.. utk kekuatan.. utk keteguhan iman.. InsyaAllah. Ada hikmah-nya tu.. Selagi boleh menghadapinya dgn tabah, bersyukurlah.. sebenarnya Allah lebih tahu tentang ujian yg DIA berikan pd kita.
Jangan lupa.. ada yang telah menerima ujian lebih dasyat dari kita.. & mereka tidak apa2..
Sabarlah ya.. sabar lagi.. juga terus beranikan diri menghadapi segalanya. Jgn takut dgn ujian Allah.
Jgn putus asa juga. InsyaAllah, selepas hujan selalu ada pelangi yang indah.
Take care dear.
Kak bukanlah org yg baik tapi.. akak doakan agar Allah memberikan seluruh hikmah dan kebaikannya pada Adie & semua yg Adie sayang. Amin.
Thank You So Much buat Raz.R seorang sahabat merangkap kakak yang tidak jemu mendoa serta memberikan nasihat untuk saudaranya ini.
Di kala aku sedang gembira dan ceria dikau turut gembira dan mendoakan kebahagiaanku. Namun, ketika diri ini dilanda duka dan dilema,. lantas kau panjatkan doa pada-Nya moga aku tenang mengharungi segalanya. Dikau panjangkan jua nasihat untuk kebaikan serta motivasi buatku. Cukup terharu dengan kasih sayangmu itu.
Sis, banyak yang telah aku pelajari darimu.., aku belajar erti kesabaran dalam menempuhi setiap liku kehidupan. Kau juga sentiasa menyedarkan aku betapa pentingnya erti bersyukur dan menerima sesuatu hakikat. Kau tak jemu lontarkan kata-kata azimat buatku berfikir tentang hakikat sebuah kehidupan di dunia yang fana ini.
Padamu kakak, ku panjatkan doa padanya Yang Esa, agar dirimu dilimpahi dengan kegembiraan serta kebahagiaan, diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada di bawah naugan rahmat-Nya... Amin.
Di bawah dinyatakan antara kemugkinan simptom-simptom seseorang tu menghadapi penyakit misteri, akibat terkena sihir atau sakit yang melibatkan gangguan jin dan iblis. Penyakit-penyakit seperti ini sukar untuk diubati dengan rawatan moden. Antara tandanya:
Dada atau jantung sentiasa berdebar
Anda mengalami penyakit dada/jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh kawal)
Hilang selera makan
Selera makan hilang dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.
Tidak mampu untuk mengawal diri sendiri
Hilang kawalan diri dengan tiba-tiba (pengsan, hysteria, mudah marah, tekanan perasaan, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu mengawalnya).
Selalu alami gangguan semasa/sebelum tidur
Amat sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa atau sebelum tidur. Termasuk sering mengalami mimpi menakutkan dan sering terjaga daripada tidur dengan tiba-tiba.Adakalanya terasa ditindih sesuatu (lembaga) semasa tidur dan mengalami gangguan fikiran sebelum tidur.
Berasa tidak tenteram di rumah
Rasa takut, seram, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.
Timbul masalah hubungan suami isteri
Hubungan yang baik antara pasangan suami dan isteri, tiba-tiba bermasalah. Biasanya apabila berjauhan, rasa rindu antara satu sama lain tetapi timbul perasaan benci atau sering bergaduh bila berjumpa terutama sekali di rumah meskipun tanpa sebab yang besar.
Suka duduk bersendirian atau tiba-tiba sedih
Entah mengapa dengan tiba-tiba timbul rasa sedih, sering duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri) dan rasa seperti tidak berguna.
Kesan lebam pada tubuh
Ada kesan lebam pada badan tanpa tahu puncanya terutamanya di sekitar betis, lengan, tangan dan paha.
Malas untuk melakukan kerja harian / amal ibadat / pekerjaan
Ini juga tanda-tanda terkena penyakit non-perubatan iaitu tanpa sebab musabab anda terasa amat malas untuk melakukan kerja seharian di pejabat, malas ke pejabat, hilang minat bekerja, malas beribadat. Juga hilang semangat untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga atau saudara-mara terdekat.
Sering ternampak atau terdengar sesuatu yang pelik
Selalu ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga agar anda melakukan perkara pelik seperti mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya menghasut kea rah melakukan perkara yang bersifat jahat, halusinasi dan sebagainya.
Melihat / mimpi binatang
Melihat binatang berbisa seperti kala jengking atau ular di dalam rumah. Bermimpi melihat bintang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah dan kematian yang pelik-pelik.
Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba
Perniagaan yang sedang meningkat maju dan beroperasi dengan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah
Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.
Walaupun begitu, anda dinasihatkan menjalani pemeriksaan dengan doctor pakar terlebih dahulu bagi setiap masalah yang dihidapi seperti di atas kerana ada di antara tanda penyakit tersebut sebenarnya menjurus kepada penyakit saintifik seperti barah kerana tandanya juga pesakit akan hilang selera makan dan berat badan susut dengan cepat..
*Dipetik dari Buku ‘Himpunan Petua Mujarab’ terbitan Media Kraf
Umar bin khattab r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya sebahagian hamba Allah itu ada segolongan manusia. Mereka itu bukan para Nabi dan bukan pula para syuhada, namun pada hari kiamat kedudukan mereka akan sangat diinginkan oleh para Nabi dan syuhada di sisi Allah." Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, ceritakan kepada kami, siapakah mereka itu?" Beliau bersabda: "Mereka adalah kaum yang saling mencintai kerana Allah, bukan kerana hubungan darah di antara mereka dan bukan pula kerana harta. Demi Allah, wajah mereka laksana cahaya dan sesungguhnya mereka lebih tinggi daripada cahaya. Mereka tidak takut pada ketika manusia merasa takut dan tidak bersedih pada ketika manusia berasa sedih." Kemudian beliau membacakan ayat Al-Quran: "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Yunus:62) (HR. Abu Daud)
“Kebahagiaan adalah suatu perkara yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli dengan wang dan harta, tetapi kebahagiaan adalah suatu anugerah dan rahmat Allah. Kebahagiaan merupakan suatu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya, iaitu ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan otak dan keselesaan perasaan..”
Sebagai manusia ada saja perkara yang diperlukan, tetapi setiap yang diperlukan itu tidak mungkin boleh didapati dengan mudah. Pada saat dan ketika itulah manusia akan berharap dan mula mengadu nasib.
Bagi mereka yang mengakui dirinya makhluk (yang dicipta) pasti mengadu pada Penciptanya iaitu Allah Yang Maha Berkuasa. Mereka yang beriman tidak jemu berharap dan berdoa walaupun permintaannya belum berhasil. Doa bagi golongan ini adalah senjata dalam menghadapi sebarang situasi, membuatkan mereka tidak pernah putus harapan.
Sementara golongan yang lemah iman akan patah semangat untuk berdoa. Dalam benaknya, kenapa Allah tidak memakbulkan doanya? Di sinilah kita harus menilai diri sendiri. Siapa kita sebenarnya? Adakah kita ini termasuk orang yang bersih jiwa? Adakah kita mematuhi perintah Allah atau sebaliknya, sedangkan doa akan dimakbulkan (diterima) daripada hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.
Andai kita bekerja di sebuah perusahaan, tetapi kita seorang pemalas, ingkar dan banyak melanggar peraturan di perusahaan itu, apakah ketua perusahaan itu akan menunaikan dengan mudah permintaan kita, seperti kenaikan gaji? Sebagai ketua tentulah dia akan memberi dengan mudah jika pekerjanya itu seorang yang disayanginya, taat peraturan kerja dan rajin.
Demikian juga kita mengandaikan Allah dan hamba-Nya. Jika manusia itu seorang yang taat segala perintah, malah dalam masa yang sama menjauhi larangan-Nya dan rajin beribadat, insya-Allah mudahlah Allah memakbulkan segala doanya. Jika kita melakukan banyak dosa, akan terhijablah (terdinding) doa kita. Dengan perkataan lain, sia-sia kita berdoa.
Adalima perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah s.w.t. iaitu:
Dosa kerana mengingkari pemimpin.
Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahannya, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasiq dan berbuat mungkar kepada Allah s.w.t. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.
Dosa kerana tidak taat guru.
Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.
Dosa kerana menderhaka dengan ibu bapa.
Ibu bapa berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka, sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka pada kita.
Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.
Dosa kerana derhaka kepada suami.
Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya."
Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.
Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang.
Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.
Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.
Abu Bakar r.a. berkata, "Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "... Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya ..."
Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."
Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis maka dia pun berkata: “Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?”
Maka berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan kedalam neraka.”
Berkata orang tua itu. “Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.”
Berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”
Berkata orang tua itu, sambil menangis: “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”.
Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.
Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.
MEMANGALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
MEMANG ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
MEMANGALLAH sengaja menemukan kita dengan orang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
MEMANGALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita untuk masa depan…
MEMANGALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
MEMANGALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
MEMANGALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
MEMANGALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA.
Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirinya bukan untukku Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? Dan puak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia) yang akan mendahului ( mencapai batasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak). (Al-Waqiah: 8-10)
Huraian
Golongan kanan ialah mereka yang menerima buku catatan amalan mereka dengan tangan kanan adalah orang yang mendapat kemuliaan. Merekalah orang yang berbahagia dan bakal menduduki syurga.
Manakala puak kiri iaitu orang yang menerima buku catatan amalan mereka dengan tangan kiri merupakan satu petanda bahawa merekalah orang yang rugi yang mendapat kecelakaan dan bakal menghuni neraka jahanam.
Keadaan puak ketiga pula adalah orang yang telah mendahului dalam melakukan kebaikan dan amal soleh ketika di dunia malah mereka sentiasa berlumba-lumba untuk tabungan hari akhirat.
Golongan ini telah diberi kemuliaan oleh Allah SWT sepadan dengan kecemerlangan yang telah dicapai mereka ketika hidup mereka di dunia.
Kesimpulan
Allah SWT menjadikan dunia ini sebagai ladang akhirat. Siapa yang bijak memanfaatkan masa hidupnya maka kesudahannya adalah kebahagiaan. Mereka akan tergolong di kalangan orang-orang yang beroleh kenikmatan dunia dan akhirat serta layak menduduki syurga Allah..
Tepat jam 11.20 pagi.. Aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbit ku.. terpapar “MY HOME”.. Bibirku mengukir senyuman.. “Helo Assalamua’laikum..” “Waa’laikumussalam,.. Hepi Besday, semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia selalu…” Terdengar suara ibuku,.. Terharu sangat tatkala mendengarnya.. Apatah lagi jarang sangat aku mendapat ucapan selamat hari lahir dari ibuku,.. Tapi aku faham, bilangan anak seramai 13 orang & sibuk dengan tugasan harian mungkin membuatkannya terlupa..
“Slmt Hari Lahir yang ke-13,..” Lanjut ibuku sambil ketawa kecil,. “Aa mak dah 13 tahun usia ni..” Balasku sambil tersenyum sendiri. “Itulah umur dah meningkat, bila lagi ni nak ada jodohnya..”. “Tahun depan kot”.. balasku.. “Huh, tahun depan.. dah berapa tahun dah asyik tahun depan je ni”.. “InsyaAllah mak, mudah2an.. Tapi klu xde tahun depan, tahun lagi sekali dan tahun2 seterusnya..” Gurau ku… :)
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,.. itulah soalnya tatkala aku balik bercuti.. Kadangkalanya rasa tak selesa juga lah bila family, jiran, kawan-kawan, sedara-mara asyik bertanya hal yang sama je.. Tapi tak boleh la juga nak salahkan mereka, yelah mungkin mereka bertanya sbb prihatin dgn perihal kita..
Di sini antara ucapan Hari Lahir untukku..
Mantan KP PNM
Pd hari ulangtahun kelahiran awk yg ke31 ini (terlalu istimewa buat awak) Saya doakan agar Allah menganugerahkan hanya yg terbaik utk awak dan keluarga.
Maaf, mungkin Raz tak sempat meluangkan masa menghantar sebarang comment yg cantik dihari jadimu.
Situasi hidup kekadang tidak mengizinkan.
Apapun...
Ini doa Kak Raz,
Ya Allah.. Sahabatku ini diserikan oleh usia yang baru lagi hari ini. Sahabatku ini dirahmati-Mu lagi. Kurniakanlah dia segala kebaikan-Mu selalu. Hubungkanlah dia dengan Cinta-Mu selalu. Perteguhkanlah usianya ke arah-Mu selalu. Cantikkanlah dia dengan perlindungan-Mu selalu. Amin.
Slmt Hari Lahir, dah 31 thn ye :) Bila nk kawin., hehe.. moga panjang umur dan murah rezeki :)
Dik Lia
Epy Besday Abg Is. Hope dimurahkan rezeki, cehat selalu n slmt dunia & akhirat. Mana kak ipar dik ni? Men nyorok2 lg ek. Knl kan r..
Norsarinah PERMATA
Salam, happy birthday to u.. Semoga persahabatan kita sering diwarnai dgn warna2 keindahan serta jauh dari jurang perpisahan.. :)
Ayu Penang
Salam. Adie, happy birthday ye! Ayu doakan adie mendapat kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat serta diberi rezeki yg berkat dan kesihatan yg sempurna.. Amin.
Adik Yani
Selamat Hari Lahir.. Moga panjang umur & diberkati Allah swt..
Akak Norlie
Slm Adie, hepi besday ye. Moga murah rezeki sll. Akak doakan moga cpt temu jodoh gak yer.. :)
Adik Syauqah
Hepi Besday.. Moga peningkatan umur dpt mematangkan hdpmu, murah rezeki & m’dpt keredhaan Allah di dunia & Akhirat. Moga cepat dpt jodoh :)
Bank Islam wished you a Happy Birthday on 31/10/2009. Bank Islam. SMS.
Mawar Desa MFM
Ya Allah. Engkau muliakan & sayangilah saudara ku ini. Berkatilah keluarga., Sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan drpd fitnah, penganiayaan & penghinaan, suburkan benih keimanan dgn penuh rasa kasih saying serta takwa. Makbulkan cita2nya yg murni. Amin ya Rabbal A’lamin. HAPPY B’DAY EDIE.
MaxisGift
Happy Birthday from Maxis!Enjoy free local Maxis-Maxis voice calls all day on your birthday. Rebate will be reflected in your next bill. (N0520)
Terima kasih yang tidak terhingga di atas ucapan dan doa dari semua. Really appreciate that. Mudah-mudahan kalian juga sentiasa di bawah lindungan Ilahi serta mendapat rahmat kasih sayang-Nya. Ameen..
Dilahirkan di Baling, Kedah Darul Aman pada 31 Oktober 1978 dan berbintang scorpio. Mendapat Pendidikan Awal di SEKOLAH KEBANGSAAN LANAI, BALING (1985-1990), seterusnya ke SEKOLAH MENENGAH AGAMA TARBIAH ISLAMIAH, BALING (Peralihan-Tingkatan 4),.. Setelah itu menuntut pula di SEKOLAH MENENGAH UGAMA RAUDZATUL ULUM, ALOR SETAR (Ting. 5 - Ting. 6 Rendah),. Kemudian belajar lagi di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA ARAU, PERLIS (Lower 6 - STPM 98).. Seterusnya melanjutkan pelajaran di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kep.) Pengurusan Rekod.. Sekarang ni dah bekerja tp InsyaAllah andainya ada peluang ingin menyambung pelajaran lagi la... Mudah2an..
Rindu Tersangat-sangat!
-
Aduhai...
Apa nak jadi ni?
Hari-hari rindu. Terbayang di mata setiap detik. Makan rindu, nak tidur
rindu, nak mandi pun rindu. Subhanallah! Masha-Allah...
...
SAJAK : ANTARA 2 USIA
-
"Menerima atau menidak...
Usia pasti berganjak. ...
Mengelak atau terjebak...
Panggilan diri berubah jua kelak...
Usah dirunguti pertukaran ini...
Kerana i...
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi
-
*Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi*
*KERAJAAN jangan sama sekali tunduk desakan ultra kiasu untuk mengadakan
pilihan raya PBT. Kawasan bandar akan ...
K-PaP edisi Mac 2016
-
*KATA PENGARANG KATA PEMBACA (K-PaP)*
5 Mac 2016 (Sabtu)
10.30 pagi - 12.30 tengah hari
Rumah Pena, Kuala Lumpur
Jom ramai-ramai. Jangan malu-malu. Jan...
kenangan umrah
-
kenangan. umrah 24 april-2 may 2013. semoga ALLAH jemput lagi kami dan
kita semua ke tanah suci.
ziarah ke rumah kak faridah~ Iskan. Mekah
jabal nur
...
IBRAH PERISTIWA BANJIR 2014/15.............
-
*MUSIBAH banjir yang melanda negeri di Pantai Timur Semenanjung tanah air
pada ketika ini mengajak minda umat Islam untuk merenung akan kekuasaan dan
kea...
Buku-Buku Terpilih Pada Harga Terendah!!!
-
Bersempena bulan-bulan mulia ini (Rejab, Syaaban dan Ramadhan)
AdikBijak.com berbesarhati menawarkan lebih 15 tajuk terpilih yang
ditawarkan pada harga...
-
assalamualaikum dan selamat malam.
lebih kurang 2tahun 6bulan blog ini saya tinggalkan.
saya akan "beri nafas" padanya kembali.
selamat malam semua.
~Fir...
English Nasyid on interest now...
-
*SAIF ADAM – BELIEVE*
In a world, full of confusion
Where we walk with pain in our HEARTS
Oh Allah, guide us to heaven
And show us all the right path
We...
Pepe Sindir barcelona
-
Laga antara Real Madrid vs Barcelona telah berlangsung beberapa waktu lalu
di Santiago Bernabeu, kedua raksasa Eropa ini bertemu untuk ke 3 kali nya
guna ...
Celebrity Entertainment News and Video
-
Now we live in a world filled with sophisticated technology, so that
everything can be simple, such as in communication and information. In
berhungungan w...
KENANGAN AMBIL IJAZAH MATAN ARBAIN(HADITH 40)
-
Alhamdulillah sampai juga hajat untuk mendapat sanad yang soheh dan matan
yang bersambung dengan Rasullullah sallallahu alaihi wasallam...
Mudah-mudahan...
Debat .. Islamikkah Ia ?
-
Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi
sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi
masakan pun...
JAMUAN PERPISAHAN MPS 2012
-
Pada 23/3/2012(Jumaat) telah di adakan jamuan makan tengahari sempena
majlis perpisahan staff MPS bertukar dan akhiri practical. Ini ada a few
snapshot..
...
Mahram bagi wanita
-
Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya,
melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk
sel...
PERALIHAN KE VERSION 2
-
*.*
*Telah beralih ke BLOG yang baru.... Sinambungan dari BLOG ini... Semua ni
adalah disebabkan hal2 teknikal yang tak dapat dielakkan... =)... Pada
mulan...
Kambing dan Kayu Api
-
*P*ada suatu hari, Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya berhenti berehat di
padang pasir bagi menghilangkan penat selepas berjalan jauh. Mereka
mendirik...
Berita Gembira..!!
-
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Untuk perkongsian dan usrah yang lebih berkesan kami telah mewujudkan web
site khas untuk anda. segala bahan usrah yang t...