Rabu, 30 Mac 2011

Rancang Bercuti Ketika Hamil: Bawa Semua Keperluan Elak Sebarang Masalah Dalam Perjalanan

Mengandung bukan halangan untuk anda pergi bercuti bersama suami tersayang dan keluarga. Namun banyak yang perlu dititikberatkan apabila anda merancang untuk bercuti ketika mengandung terutama apabila kandungan sudah membesar.

Tip ini mungkin boleh membantu anda yang mengandung untuk bercuti bersama keluarga tercinta supaya suasana percutian lebih tenang sekali gus menghindari sebarang masalah.

* Bawa Buku Lawatan Antenatal

Ke mana saja anda pergi, sama ada pulang ke kampung, melancong atau dalam perjalanan jauh, pastikan buku lawatan antenatal sentiasa di bawa. Manalah tahu, anda bersalin ketika sedang bercuti.

* Periksa Syarikat Pengangkutan

Syarikat pengangkutan seperti bas, feri atau kapal terbang yang tidak membenarkan penumpang mengandung menggunakan perkhidmatan mereka kerana bimbangkan risiko jika sakit bersalin dalam perjalanan. Tetapi, bagi anda yang pergi bercuti menggunakan kapal terbang, anda memerlukan surat daripada doktor yang mengatakan bahawa anda boleh menaiki pesawat selain maklumat mengenai pengiraan tarikh bersalin. Namun, anda tidak digalakkan menaiki kapal terbang sebelum kandungan berusia 12 minggu atau selepas 28 minggu bagi mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap anda dan kandungan.

* Banyakkan Pergerakan

Jika dalam perjalanan jauh, biasanya anda pasti mengalami lenguh-lenguh dan sengal otot. Lakukan sedikit pergerakan. Elakkan dalam tempoh yang lama. Selain itu, ketika di dalam pesawat, jangan lupa memakai sarung kaki dari awal dan pastikan anda menyandarkan badan di kerusi dengan kaki dilunjurkan untuk mengelakkan rasa kebas. Jangan lupa pakai pakaian longgar termasuklah kasut dan pastikan anda duduk di laluan tepi untuk memudahkan anda berjalan sesekali setiap setengah jam jika terasa lenguh-lenguh.

* Minum banyak air

Air adalah keperluan bagi tubuh kita, lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung. Minumlah banyak air ketika perjalanan untuk mengelakkan badan mengalami dehidrasi. Jus dan air kosong adalah minuman yang sangat sesuai dan elakkan meminum kopi ataupun teh.

* Bawa Beg Keperluan Bayi

Seeloknya, jika menggunakan kenderaaan sendiri, sentiasa sediakan beg barang keperluan bayi untuk memudahkan anda jika terpaksa ke hospital serta merta untuk bersalin.

* Ketika Hamil Kulit Lebih Sensitif

Justeru, gunakanlah krim pelindung matahari yang lebih tebal daripada biasa. Hindari juga menyelam atau aktiviti air sepanjang percutiaan.

* Atasi segalanya, Relaks dan Nikmati percutian Dengan Sepuasnya

Jika anda bahagia, bayi anda juga akan turut berasa bahagia. Selamat Bercuti

- Dipetik dari Harian Metro.

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular