Selasa, 23 Februari 2010

Untukku Jua....

Innalillahiwainnaillahirajiun.. Lahauwlawalaquawwataillabillahilazim..

Sabarlah Adie..

Kita lihat ujian itu sebagai suatu yang mengajar kita tentang kebaikan Allah untuk masa depan.. utk kekuatan.. utk keteguhan iman.. InsyaAllah. Ada hikmah-nya tu.. Selagi boleh menghadapinya dgn tabah, bersyukurlah.. sebenarnya Allah lebih tahu tentang ujian yg DIA berikan pd kita.

Jangan lupa.. ada yang telah menerima ujian lebih dasyat dari kita.. & mereka tidak apa2..

Sabarlah ya.. sabar lagi.. juga terus beranikan diri menghadapi segalanya. Jgn takut dgn ujian Allah.

Jgn putus asa juga. InsyaAllah, selepas hujan selalu ada pelangi yang indah.

Take care dear.

Kak bukanlah org yg baik tapi.. akak doakan agar Allah memberikan seluruh hikmah dan kebaikannya pada Adie & semua yg Adie sayang. Amin.

Lagi coretan dari kakakku.. TQ so much.

Selasa, 9 Februari 2010

Doa untukku

Thank You So Much buat Raz.R seorang sahabat merangkap kakak yang tidak jemu mendoa serta memberikan nasihat untuk saudaranya ini.

Di kala aku sedang gembira dan ceria dikau turut gembira dan mendoakan kebahagiaanku. Namun, ketika diri ini dilanda duka dan dilema,. lantas kau panjatkan doa pada-Nya moga aku tenang mengharungi segalanya. Dikau panjangkan jua nasihat untuk kebaikan serta motivasi buatku. Cukup terharu dengan kasih sayangmu itu.

Sis, banyak yang telah aku pelajari darimu.., aku belajar erti kesabaran dalam menempuhi setiap liku kehidupan. Kau juga sentiasa menyedarkan aku betapa pentingnya erti bersyukur dan menerima sesuatu hakikat. Kau tak jemu lontarkan kata-kata azimat buatku berfikir tentang hakikat sebuah kehidupan di dunia yang fana ini.

Padamu kakak, ku panjatkan doa padanya Yang Esa, agar dirimu dilimpahi dengan kegembiraan serta kebahagiaan, diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada di bawah naugan rahmat-Nya... Amin.

Jumaat, 5 Februari 2010

Tanda-tanda Terkena Penyakit Misteri Dan Sihir

Di bawah dinyatakan antara kemugkinan simptom-simptom seseorang tu menghadapi penyakit misteri, akibat terkena sihir atau sakit yang melibatkan gangguan jin dan iblis. Penyakit-penyakit seperti ini sukar untuk diubati dengan rawatan moden. Antara tandanya:


Dada atau jantung sentiasa berdebar

Anda mengalami penyakit dada/jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh kawal)


Hilang selera makan

Selera makan hilang dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.


Tidak mampu untuk mengawal diri sendiri

Hilang kawalan diri dengan tiba-tiba (pengsan, hysteria, mudah marah, tekanan perasaan, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu mengawalnya).


Selalu alami gangguan semasa/sebelum tidur

Amat sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa atau sebelum tidur. Termasuk sering mengalami mimpi menakutkan dan sering terjaga daripada tidur dengan tiba-tiba. Adakalanya terasa ditindih sesuatu (lembaga) semasa tidur dan mengalami gangguan fikiran sebelum tidur.


Berasa tidak tenteram di rumah

Rasa takut, seram, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.


Timbul masalah hubungan suami isteri

Hubungan yang baik antara pasangan suami dan isteri, tiba-tiba bermasalah. Biasanya apabila berjauhan, rasa rindu antara satu sama lain tetapi timbul perasaan benci atau sering bergaduh bila berjumpa terutama sekali di rumah meskipun tanpa sebab yang besar.


Suka duduk bersendirian atau tiba-tiba sedih

Entah mengapa dengan tiba-tiba timbul rasa sedih, sering duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri) dan rasa seperti tidak berguna.


Kesan lebam pada tubuh

Ada kesan lebam pada badan tanpa tahu puncanya terutamanya di sekitar betis, lengan, tangan dan paha.


Malas untuk melakukan kerja harian / amal ibadat / pekerjaan

Ini juga tanda-tanda terkena penyakit non-perubatan iaitu tanpa sebab musabab anda terasa amat malas untuk melakukan kerja seharian di pejabat, malas ke pejabat, hilang minat bekerja, malas beribadat. Juga hilang semangat untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga atau saudara-mara terdekat.


Sering ternampak atau terdengar sesuatu yang pelik

Selalu ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga agar anda melakukan perkara pelik seperti mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya menghasut kea rah melakukan perkara yang bersifat jahat, halusinasi dan sebagainya.


Melihat / mimpi binatang

Melihat binatang berbisa seperti kala jengking atau ular di dalam rumah. Bermimpi melihat bintang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah dan kematian yang pelik-pelik.


Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba

Perniagaan yang sedang meningkat maju dan beroperasi dengan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah


Terhidu bau pelik

Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.


Walaupun begitu, anda dinasihatkan menjalani pemeriksaan dengan doctor pakar terlebih dahulu bagi setiap masalah yang dihidapi seperti di atas kerana ada di antara tanda penyakit tersebut sebenarnya menjurus kepada penyakit saintifik seperti barah kerana tandanya juga pesakit akan hilang selera makan dan berat badan susut dengan cepat..

*Dipetik dari Buku ‘Himpunan Petua Mujarab’ terbitan Media Kraf

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular