Khamis, 30 Julai 2009

Apakah Wangian?

Wangian merupakan campuran alkohol, air dan molekul yang meruap dalam suhu bilik. Ahli psikologi deria yang juga pakar runding industri wangi, Avery Gilbert berkata, bau adalah molekul yang cukup ringan untuk terapung di udara. Bagaimanapun bukan semua molekulringan dan boleh terapung di udara mempunyai bau. Apa yang mencipta wangian adalah sel di dalam hidung yang mengenal pasti molekul yang meruap dan menghantar mesej elektrik ke otak yang memberikan bau.

Wangian terbahagi kepada beberapa jenis misalnya perfume oil atau minyak wangi paling pekat.

Minyak wangi dihasilkan dengan memerah, mengewap atau proses kimia tanaman, bungaan atau buahan. Dalam minyak wangi, molekul wangian telah dicairkan dalam 98 peratus alkohol dan dua peratus air. Manakala yang lain adalah minyak wangi cairan alkohol seperti perfume mempunyai 25 peratus minyak wangi, eau de parfum 15 hingga 18 peratus, eau de toilette 10 peratus manakala eaux de cologne dan penyembur badan lebihr ringan.
Biasanya minyak wangi dikelaskan mengikut keluarga bau masing-masing yang biasa digunakan oleh pereka minyak wangi;

* floral - bau bunga
* fruity - bau buah termasuk sitrus
* herbaceuos - bau herba
* woody - bau kayu kayan
* amber - seperti resin
* animalic - bau haiwan
* musk - bau kasturi
* oriental - amber dan rempah ratus

# Dipetik dari majalah estidotmy, edisi 89

Selasa, 28 Julai 2009

Wasiat Rasulullah SAW

RASULULLAH SAW bersabda: "Ada enam perkara baik, tetapi enam perkara lainnya lebih baik daripadanya. Keadilan itu baik, tetapi keadilan yang di jalankan oleh seorang pemimpin itu lebih baik. Sabar itu baik, tetapi sabar yang dilakukan oleh orang fakir itu lebih baik. Wara' (sifat hati-hati dalam agama) itu baik, tetapi wara' yang dilakukan oleh seorang ulama itu lebih baik.

Sifat dermawan itu baik, tetapi kedermawanan yang dilakukan oleh orang kaya itu lebih baik. Taubat itu baik, tetapi taubat yang dilakukan oleh seorang pemuda itu lebih baik. Malu itu baik, tetapi malu yang disandang oleh seorang wanita itu lebih baik."


"Seorang pemimpin yang tidak adil seperti awam tanpa hujan. Orang fakir yang tidak sabar seperti lampu yang tidak ada sinarnya. Seorang ulama yang tidak memiliki sifat wara' seperti pohon yang tidak ada buahnya. Orang kaya yang tidak dermawan seperti tanah yang gersang. Pemuda yang tidak mahu bertaubat seperti sungai yang tidak ada airnya. Dan wanita yang tidak mempunyai sifat malu seperti masakan yang tidak ada garamnya."

Rasulullah SAW bersabda: "Allah menciptakan malaikat di bawar 'Arasy. Malaikat tersebut bertasbih dalam seluruh bahasa. Apabila pada malam Jumaat, Allah memerintahkannya untuk turun dari langit ke bumi dan melihat penduduk bumi sambil berkata:

"Wahai anak-anak yang berumur dua puluh tahun, janganlah kalian terpedaya oleh tipuan dunia. Wahai orang yang berumur tiga puluh tahun, carilah rezeki Allah dan pergunakanlah akalmu. Wahai orang yang berumur empat puluh tahun, berbuatlah baik dan berusahalah dengan bersungguh-sungguh.

Wahai orang yang berumur lima puluh tahun, tidak ada lagi uzur bagimu. Wahai orang yang berumur enam puluh tahun, apa yang telah engkau siapkan untuk bekal akhiratmu?"

"Wahai orang yang berumur tujuh puluh tahun, sudah dekat waktu panen bagi orang yang menanam tanaman. Wahai orang yang berumur lapan puluh tahun, taatilah Allah di bumiNya.

Wahai orang yang berumur sembilan puluh tahun, telah tiba waktunya untuk sampai pada akhir perjalanan, maka persiapkanlah bekal. Wahai orang yang berumur seratus tahun, Hari Kiamat telah datang kepadamu, tetapi kamu tidak menyedarinya."

Kemudian malaikat berkata: "Kalaulah bukan kerana orang tua yang rukuk, para pemuda yang khusyuk, dan anak-anak kecil yang sedang menyusu ibunyua, pasti azab telah ditimpakan kepada kalian sekeras-kerasnya."
"Berlakulah sederhana pada sesiapa juga, hingga orang yang di bawah kita akan menghargai dan orang yang di atas kita menyenangi."


********************************************

"Tiga Perkara yang akan melepaskan orang dari bencana: Takut kepada Allah pada waktu terang dan sunyi, sederhana pada waktu kaya dan waktu miskin serta berlaku adil pada waktu tenang dan pada waktu marah."

Jumaat, 24 Julai 2009

Siapakah Orang Yang Paling Mulia?

Pada suatu hari, Muawiyah bertanya kepada orang-orang yang sedang duduk bersamanya dalam sebuah majlis, "Siapakah orang yang paling mulia daripada golongan ayah, ibu, datuk, nenek, pakcik (dari pihak ayah dan ibu), dan makcik (dari pihak ayah dan ibu)?"

Mereka pun menjawab, "Engkau lebih tahu."

Muawiyah lalu memegang tangan Imam hasan lalu berkata, "Inilah orang yang paling mulia, ayahnya adalah Ali bin Abi Thalib, ibunya (Fatimah) binti Muhammad, datuknya Rasulullah, neneknya Khadijah, pakciknya (dari pihak ayah) Ja'far Bin Abi Thalib, makciknya (dari pihak ayah) Halah Binti Abi Thalib, pakciknya (dari pihak ibu) Al-Qasim bin Rasulillah, dan makciknya (dari pihak ibu) Zainab binti Nabi Muhammad SAW."
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular