Sabtu, 27 Jun 2009

Nama dan Sifat Allah

Kita mestilah mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak bagi kemuliaan-Nya. Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Allah SWT mempunyai sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus. Sesiapa yang manghafaznyaakan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kehebatan Kejadian Allah

Sabda Rasulullah s.a.w., : Berfkirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang zat-Nya kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan sebenarnya.
(Riwayat Abu Nu'aim)

Khamis, 25 Jun 2009

Perihal Berdoa

WAKTU TERBAIK BERDOA

  • Sesudah mengambil wuduk.
  • Ketika azan dilaungkan untuk solat dan selepasnya.
  • Di antara waktu azan dan iqamah.
  • Ketika iktidal yang terakhir dalam solat.
  • Ketika sujud, terutamanya ketika sujud terakhir dalam solat.
  • Sesudah Solat fardhu lima waktu.
  • Di antara dua khutbah iaitu krtika khatib duduk di mimbar sesudah khutbah yang pertama.
  • Sesudah imam membaca ‘waladh-dhoooolin’.
  • Ketika kaum Muslimin Berkumpul dalam suatu majlis.
  • Pada larut malam, terutamanya di sepertiga akhir malam.
  • Pada waktu sahur, sebelum fajar.
  • Setelah membaca atau setelah khatam Al-Quran.
  • Ketika wukuf di Arafah, ketika mengerjakan tawaf dan mengerjakan saie.
  • Ketika minum air zam-zam.
  • Ketika mengunjungi orang sakit.
  • Ketika hujan turun amat lebat.
  • Waktu berpuasa dan hamper berbuka.
  • Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.

TEMPAT TERBAIK BERDOA

  • Di rumah sendiri.
  • Di Multazam, Masjidil Haram.
  • Di Makam Nabi Ibrahim a.s.
  • Dalam Hijr Nabi Ismail a.s.
  • Di Bukit Safa dan Marwah.
  • Di raudhah Masjid Nabi (Masjid Nabawi)
  • Di masjid dan surau.
  • Dalam Masjidil Haram di kala melihat ka’abah atau di sisinya.
  • Ditempat-tempat wajib haji seperti Mina, Muzdalifah, Arafah dan di tiga jamrah.
  • Di dalam dan sesudah majlis pengajian, majlis ilmu, syarahan dan zikir.

BULAN TERBAIK UNTUK BERDOA

  • Rejab
  • Syaaban
  • Ramadhan
  • Zulhijjah (Bulan Haji)

HARI TERBAIK BERDOA

  • Malam Jumaat dan siangnya.
  • Malam Hari Raya dan siangnya.
  • Malam Lailatul Qadr.
  • Malam Isra’ Mikraj.
  • Malam Nisfu Syaaban.
  • Malam pertama bulan Rejab.
  • Hari Arafah.

Rabu, 24 Jun 2009

Istiqamah Dalam Perjuangan

Perjuangan yang suci diredhoi Allah tidak akan terlepas daripada cabaran dan dugaan terutamanya perjuangan dalam menegakkan syiar Islam sama ada dalam diri, keluarga mahupun dalam masyarakat. Setiap cabaran ini hanya akan dapat diatasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak sekali-kali berputus asa.

Renungan Bersama

Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seseorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.
(Muttafaqun Alaih)
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular